Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan satu Bengkel Persediaan bagi Menghadapi Bahaya Gempa Bumi kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tongou, Ranau baru-baru ini.
Ceramah persediaan dan latihan kecemasan bahaya gempa bumi yang diadakan bersempena dengan Program Minggu Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC) di sekolah tersebut disampaikan oleh Profesor Kehormat, FSSA yang juga Felo Penyelidik NDRC, Prof. Dr. Felix Tongkul.
Menurut Felix, salah satu objektif utama program tersebut dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid sekolah berkaitan dengan sains gempa bumi sebagai asas persediaan dan panduan keselamatan menghadapi bencana tersebut.
“Melalui bengkel ini juga dapat membantu melatih guru di setiap sekolah yang terlibat sebagai guru fasilitator gempa bumi bagi membimbing murid-murid di sekolah masing-masing.
“Latihan ini perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid-murid dan juga guru-guru sentiasa bersedia dan tahu bertindak sekiranya berlaku gempa bumi tanpa mengira berapa magnitud di masa akan datang, sikap berjaga-jaga dan tidak leka adalah lebih penting”, katanya.
Dalam pada itu, Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus memaklumkan bahawa program pendidikan dan pemindahan ilmu mengenai bencana alam seumpama ini merupakan antara tujuan utama penubuhan NDRC kepada komuniti setempat agar lebih memahami serta lebih bersedia menghadapi bencana alam di masa hadapan.
Carolyn menambah, bengkel seumpama dijalankan oleh pihak NDRC sejak tahun 2018 lagi untuk sekolah-sekolah di daerah Ranau dan Lahad Datu melalui Projek Pendidikan Gempa Bumi untuk Murid Sekolah di Sabah, dengan pembiayaan daripada UNICEF Malaysia dan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
“Namun program ini terhenti semasa negara mengalami pandemik COVID-19, dan pada tahun 2023 ini iaitu selepas pasca pandemik COVID-19 , SK.Tongou merupakan sekolah pertama di Sabah yang memulakan semula inisiatif untuk menjemput NDRC untuk memberikan ceramah latihan persediaan gempa bumi di sekolah mereka.
“Syabas kepada SK Tongou atas penganjuran program ini dan bagi pihak NDRC, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama berkaitan pendidikan dan kesedaran mengenai bencana alam,” kata Carolyn.
Beliau turut menyatakan harapan agar lebih banyak sekolah yang akan terlibat terutamanya di daerah Ranau dan Lahad Datu untuk menjadikan latihan persediaan gempa bumi ini sebagai latihan berkala di sekolah masing-masing memandangkan dua daerah ini merupakan daerah yang berisiko menghadapi bahaya gempa bumi di Sabah.
“NDRC sedia membantu sekiranya terdapat sekolah memerlukan bantuan kepakaran dan latihan persediaan gempa bumi ini pada masa akan datang,” ujar beliau.
Bengkel berkenaan turut dijayakan oleh fasilitator-fasilitator gempa bumi NDRC dan guru-guru SK Tongou, serta dihadiri seramai 69 orang murid, 25 guru dan kakitangan sekolah dan 11 orang ibu bapa.
Hadir sama dalam bengkel tersebut Guru Besar SK Tongou, Ranau, Mohd. Hafiz Stephen Abdullah; Penolong Kanan 1 Sekolah, Tan Mui Hiong; Penolong Kanan HEM, Siti Jamariah Datuk Abdullah; dan Guru Penyelaras 3K Kesihatan, Keselamatan, Keceriaan SK. Tongou, Mohd Effendee Ibrahim.



LONDON: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan perbincangan penyelidikan bersama Imperial College (IC) di South Kensington di sini, baru-baru ini, sebagai salah satu usaha merealisasikan pembangunan sebuah Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi di universiti itu.
Pewujudan SDG Walk di Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan langkah proaktif fakulti tersebut untuk mendidik pelajar dan kakitangan mengenai Sustainable Development Goals (SDG) selangkah dengan gerakan global menuju pembangunan mampan.
The 3rd Borneo Quality of Life Conference, themed "Quality of Life Across All Ages," will take place at Universiti Malaysia Sabah next week from May 23rd-26th, 2023.
Sabah China Chamber of Commerce (SCCC) recently visited Faculty of Business, Economics and Accountancy (FBEA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) for a discussion regarding potential collaboration between universities in Hubei Province, China and FBEA UMS.