Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Fakulti.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=138&key=FPSK atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklum balas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS. 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Ringkasan Pencapaian (Markah) PTJ Bagi Aktiviti Pemeriksaan Mengejut Tahun 2025
 
Salam sejahtera tuan/puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, LAPORAN AKHIR HASIL PEMERIKSAAN MENGEJUT PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) UMS TAHUN 2025 telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 1/2026 yang diadakan pada 9 Januari 2026 (Jumaat). Pihak pengurusan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen semua PTJ di dalam pelaksanaan aktiviti berkenaan.
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukakan infografik Laporan Pencapaian Hasil Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan PTJ UMS (Skop Ogos 2024-Mei 2025) Tahun 2025 untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
 
Syabas dan tahniah kepada semua PTJ, teruskan komitmen untuk memastikan pengurusan dan tadbir urus kewangan yang terbaik di PTJ.
 
Nota; Laporan Penuh Pemeriksaan akan diedarkan kepada semua PTJ dalam masa terdekat.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/019-8007108 - Encik Jipin Helion, Pembantu Akauntan
📱www.wasap.my/016-8313422 - Cik Saini binti Mohilap, Akauntan Kanan
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)

 

Announcement From: UMS Library

 

Upcoming International Conferences
🌍 Ready to share, learn, and connect?
Take part in upcoming international conferences and engage with experts from around the world.
 
🌐9th Molecular Insect Science Conference: Bridging Borders in Insect Molecular Research https://www.elsevier.com/events/conferences/all/molecular-insect-science-conference 
 
 
🌐6th International Conference on Responsible Tourism and Hospitality (ICRTH) 2026 https://www.emeraldgrouppublishing.com/journal/jrtm/6th-international-conference-responsible-tourism-and-hospitality-icrth-2026 
 
#ConferenceProceedings
#Elsevier
#Emerald
#IncreasingKnowledge
#SharingInformation
#UMSLibrary
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo
#UMSLibraryShare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

PEMAKLUMAN PENGAMBILALIHAN RUANG CAFÉ DE’SIREH DI BAWAH PENGURUSAN BAHAGIAN KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT (BKePT), JABATAN PENDAFTAR 
 
Pusat Komunikasi Korporat (PKK) ingin memaklumkan c telah diserahkan di bawah pengurusan Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT), Jabatan Pendaftar berkuat kuasa 1 Januari 2026. 
 
Harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak dengan menyumbang melalui potongan gaji HR Online bagi menyokong Dapur Rahmah Pusat Islam UMS.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
* Program iftar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan
* Iftar Isnin & Khamis
* Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
* Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Minggu
* Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah…”
(Riwayat Muslim)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
 Semoga setiap infak menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan buat kita semua.
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare
 

Halaman 1 dari 2053