Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan dan Penyelidikan

 

Untuk makluman, hanya tinggal 3 (tiga) hari lagi sebelum tarikh tutup permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 2 Tahun 2024 di bawah dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi
 
Sehubungan dengan itu, ahli akademik UMS boleh membuat permohonan melalui Sistem MyGRANTS sebelum atau pada 24 Julai 2024 (Rabu). Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan dana penyelidikan yang dapat membantu dalam merealisasikan projek-projek inovatif dan bermanfaat.
 
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Puan Hetty Hazwani Dzulkipli (Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 013-8852373) atau Puan Annie Juko (Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 016-8400646)
 
Sekian dan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (Dynamics Engineering Supplies) akan menjalankan kerja-kerja pemangkasan kanopi dan penjarangan pokok di Jalan Banjaran (Dari Simpang Kompleks Sukan ke Simpang Bulatan Menara Jam).

Sebahagian jalan raya akan ditutup bagi memberi ruang bagi kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan (rujuk jadual kerja seperti berikut).

Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat, dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian dan harap maklum.

 

KAWASAN

TARIKH MULA

TARIKH SIAP

ZON A

17 Julai 2024

26 Julai 2024

ZON B

1 Julai 2024

2 Ogos 2024

ZON C

3 Ogos 2024

17 Ogos 2024

ZON D

10 Ogos 2024

23 Ogos 2024

 

Berikut adalah zon lokasi yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

 

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah
 
 
 
 
 
YBhg. Prof/Dr/Puan,
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-27 (MAT KESUMBA KALI KE-27)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawaMesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-27 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh      :      9  Ogos 2024 (Jumaat)
Masa        :      8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori dan Secara maya menggunakan platform Webex (https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=md8ca5b3f1ae75fe8f4570440e7840c20)
 
3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 26 Julai 2024 (Jumaat). Dilampirkan bersama ini Notis Mesyuarat, Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul untuk tindakan selanjutnya.
 
Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.