Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

HEBAHAN PELANJUTAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN EKSPO KECEMERLANGAN REKACIPTA (EXCOCIPTA) 2024
 
Salam hormat dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, YBrs. Prof, YBrs. Prof. Madya, YBrs. Dr., Tuan dan Puan.
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita  dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi semua Pertandingan dalam Ekspo Kecemerlangan Rekacipta (EXCOCIPTA 2024) iaitu  PEREKA, STEMQuest Ignite, NexGen Ventures, dan LAGUCipTa 1.0 dilanjutkan daripada 30 Jun 2024 ke 8 Julai 2024. 
 
Penyertaan ke pertandingan-pertandingan tersebut boleh diakses melalui pautan-pautan berikut:
 
 
Pautan EXCOCIPTA: https://excocipta.ums.edu.my/ 
 
(i) Pertandingan Rekacipta (PEREKA): https://lrbs.ums.edu.my/pereka/index.php 
 
 
 
 
Jom sertai Pertandingan EXCOCIPTA 2024 yang bakal berlangsung seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 31 Julai – 02 Ogos 2024
Tempat: Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

 

Assalamualaikum Wbt., Salam Sejahtera dan Salam perpaduan melalui Kokurikulum ✨
 
Peringkat Akhir dan Majlis Penutupan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri Sabah 2024
 
Anjuran:
 
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Persatuan Sejarah dan Warisan UMS (PEWARIS) serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
 
📅Tarikh: 29 Jun 2024 (Sabtu)
🕗Masa: 8:00 Pagi
📍Tempat: Auditorium Mat Salleh, Universiti Malaysia Sabah
 
Perasmian Oleh: Datuk Hj. Raisin bin Saidin, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
 
Terima Kasih.
 
Bersama Martabatkan Sejarah Malaysia.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang & Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam

 

MERUNGKAI AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022 (AKTA 840) & PROSES ADUAN DI TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TAGS)

Akta AntiGangguan Seksual 2022 (Akta 840) telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 8 Mac 2024 di mana telah ada saluran alternatif untuk warga universiti/orang awam untuk membuat aduan berhubung isu gangguan seksual yang berlaku ke atas diri mereka.

Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam terpanggil untuk mengadakan sesi perkongsian  TAGS bagi memastikan warga universiti ambil peduli pada peruntukan terkini berhubung antigangguan seksual serta tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukan gangguan seksual.

Saksikan perkongsian  bersama Puan Nurshuhaida binti Zainal Azahar, Ketua Seksyen Tuntutan dan Perundangan, Tribunal Bagi Antigangguan Seksual, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

📆 Tarikh: 28 Jun 2024 (Jumaat)

⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

🎥 Bersiaran secara langsung melalui  Youtube UiTM Channel !

Youtube: https://www.youtube.com/live/B05INNb4HJ8?feature=shared 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  
 
Car Boot Sale 2.0, PPIB UMS 🚗🚙🛻🚐 
 
Declutter and sell your preloved item with us!
Eco Campus PPIB UMS mempelawa anda untuk menyertai program Car Boot sale yang menekankan kepada “sustainability” melalui 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam penggunaan barang-barang harian seperti baju, mainan, karya seni dll)
 
♻️♻️♻️   Tapak kereta disediakan untuk anda. First come first serve!
 
Maklumat tempahan adalah seperti berikut:
✅  Yuran tapak kereta RM20 (terbuka kepada semua pelajar/staf UMS dan orang luar).
✅  Untuk pembayaran & tempahan sila hubungi:
 
1. Pn. Nazirah - 0168298963
2. Cik Rasyiqah - 0128351561
3. Pn. Nurul Hidayah - 01126695581 
 
Terima kasih. 💚💚💚