Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam

 

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS melancarkan “Kempen Infak Dapur Rahmah” kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Selain itu juga, sumbangan ini digunakan untuk majlis berbuka puasa sunat Isnin dan Khamis, penyediaan makanan semasa minggu peperiksaan dan iftar Ramadan.
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
• InfakPay Masjid UMS (Potongan Bulanan) : https://infaqpay.my/go/masjidums  
• BoostApp: https://myboost.app.link/Ddji516lLab  
• Akaun Tabung Amanah Masjid UMS (10052010004996 Bank Islam)
- Rujukan: DAPUR RAHMAH
 
 
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam

 

Assalamualaikum WBT

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Kaunter Zakat Pusat Islam UMS kini dibuka:
 
Tarikh : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Pusat Islam UMS
 
Perkhidmatan disediakan:-
 
✅ Kutipan Zakat (Pendapatan/Penggajian/Emas/Perniagaan/Dll)
✅ Semakan dan taksiran zakat Penggajian
✅ Perundingan dan khidmat nasihat berkaitan zakat
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
 
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
 
(Surah An-Nur 24:56)
 
Puan Noorisah Taljid
📞0132855378
Puan Kartini Mail @ Ismail
📞 0198042698
Sektor Pendidikan dan Zakat, PIUMS
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSShare