Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Pusat Islam UMS mempelawa warga UMS menyertai Ibadah Korban yang akan diadakan pada ketetapan berikut: 

 

🗓 29 JUN 2023M, 10 ZULHIJJAH 1444H (KHAMIS) 

🕙 JAM 9.00 PAGI 

 Pusat Islam UMS 

 

HARGA SATU BAHAGIAN LEMBU 

🐂 RM850.00 

BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN 

https://forms.gle/8c52QWFXezWn82LU8 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 

 🚫 23 Jun 2023 (Jumaat) 

------- 

Sebarang pertanyaan hubungi urusetia melalui pautan: 

https://wasap.my/6013-8728323/IbadahKorban1444H 

https://wasap.my/6019-8737704/IbadahKorban1444H 

----------- 

🔰 Bayaran boleh disalurkan ke https://myboost.app.link/Ddji516lLab atau Akaun Tabung Amanah Masjid UMS (No. Akaun: 10052010004996 - Bank Islam Malaysia Berhad) 

Nyatakan - KORBAN jika bayaran melalui atas talian & kirimkan salinan resit kepada Ustaz Binik 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

 

Sertai Sambutan Hari Lautan Sedunia 2023 bersama kami! Terokai sambutan Hari Lautan Sedunia yang akan dijalankan sepanjang minggu dengan menghargai keunikan dan kepentingan ekosistem laut seiring dengan penghargaan terhadap keperluan untuk memelihara dan memulihara sumber lautan. Mari bersama-sama kami dari 06 Jun 2023 hingga 15 Jun 2023 untuk menikmati penerokaan khazanah marin yang perlu dihargai bersama.
 
Mari sertai pelbagai aktiviti interaktif serta sesi perbincangan informatif bersama pakar-pakar terkemuka yang telah dijemput khas. Kami juga akan mengadakan Hari Terbuka Hari Laut Sedunia pada 11 Jun 2023 di IPMB UMS yang akan mempamerkan demonstrasi interaktif serta peluang untuk memelihara dan memulihara khazanah laut bersama seisi keluarga. Jangan lepaskan acara yang menakjubkan ini untuk meraikan dan memelihara lautan tercinta kita. Jom bersama-sama untuk mencipta gelombang perubahan!
 
 
#OceanCelebration2023
#PlanetOcean:TidesAreChanging
#WorldOceansDay
#CoralTriangleDay
#WorldSeaTurtleDay