Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
PEMAKLUMAN PEMAKAIAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2019 BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2020
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2019
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
PEMAKLUMAN PEMAKAIAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2019 BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2020
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2019
Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar
WEBINAR KHAS RAMADHAN
ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU
(Penyuntik semangat 10 hari terakhir ramadhan)
PENCERAMAH
AL-FADHIL USTZ NURJULAN NORSAMAN AL-AZAHARI
MUDIR MAAHAD IMAM AL-GHAZALI
PANEL PENYEMAK PENERBITAN ISLAM (PEJABAT MUFTI)
GURU TAKMIR JAKIM
MODERATOR
EN. MOHD JUHAR HARUN
JURULATIH PKPP, UMS
Semua (terbuka kepada kakitangan/pelajar UMS & orang awam) dijemput hadir pada ketetapan yang berikut:-
Tarikh: 14 April 2023 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Pautan Webex:
https://ums-edu-my.webex.com/meet/umsPKPP
Facebook Live: https://www.facebook.com/pkppumskk
Semoga webinar ini bermanfaat kepada semua.
Salam Ramadhan daripada PKPP, UMS
Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Selaras dengan surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 10 April 2023 [JPA.800-3/2/4(27)] berhubung Perubahan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan, Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.
Kenyataan media YAB Perdana Menteri pada 10 April 2023 turut menyatakan Kerajaan memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April 2023 daripada 17 April 2023.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 5/2023 pada 13 April 2023 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan April 2023 dibayar pada 14 April 2023 (Jumaat) bagi membantu meringankan beban kewangan kakitangan UMS dalam membuat persediaan menyambut perayaan Hari raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sektor Perkhidmatan Kakitangan
Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan
Jabatan Bendahari
13 April 2023
Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik
Universiti Malaysia Sabah
Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 23hb April 2023 (AHAD)
Anggaran Tempoh: 7 jam (9:00 pagi- 4:00 petang)
Tujuan: Kerja-kerja pengalihan kabel di Jalan HUMS
Lokasi yang telibat: Kolej Kediaman Tun Pangiran Ahmad Raffae (Kampung E), Bangunan Pascasiswazah, Bangunan DKP BAHARU (DKP2) dan Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).
Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Ts. Nurul Ain Binti Abdullah, Timbalan Ketua Jurutera Elekrik, JPP (013-8791017) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428)
JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768