Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS 

 

 

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan UMS akan menganjurkan Taklimat Senaman dan Pengambilan Makanan Harian: Tips untuk Kekal In-Shape. 

Sehubungan dengan itu, dijemput YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat berkenaan mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh            : 22 Mac 2023 (Rabu)  

Masa              : 10.00 Pagi   

Secara dalam talian melalui Webex - https://bit.ly/3mS9RMh

Kehadiran YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat ini adalah amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan itu, mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah:

 

1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FPT

 

2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS.

 

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

 

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS dengan kerjasama rakan strategik Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan sesi perkongsian ilmu tersebut di atas pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Eksekutif, Aras 3, PPIB