🌸Salam Maju Sehati🌸
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA
#embraceequity
Dimaklumkan KESUMBA akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita pada ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Perasmian : 12.00 tengahari
Tempat : Galeri Azman Hashim
Sehubungan itu, KESUMBA mengalu-alukan warga wanita UMS untuk turut sama meraikan sambutan ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada 8 Mac 2023 dan 'doorgift' disediakan semasa Majlis Perasmian oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS.
Bersempena Sambutan Hari Wanita Tahun 2023 ini juga, KESUMBA akan mengadakan beberapa program sepanjang bulan Mac 2023. Dilampirkan adalah poster program-program yang telah dirancang untuk rujukan dan makluman lanjut.
Bagi yang berminat, boleh hubungi urus setia bagi setiap program. E-sijil akan disediakan bagi setiap penyertaan sebagai salah satu aktviti di luar tugas rasmi.