Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 1/2023pada 19 Disember 2022 – 20 Januari 2023. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

 

Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:

 

Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 1/2023 di sistem PPRN (https://epprn.mohe.gov.my/)

:

19 Disember 2022 – 1 Januari 2023

Saringan dan Semakan Peringkat PPIP

:

2 – 5 Januari 2023

Tempoh Penilaian Dalaman

:

6 – 13 Januari 2023

Tempoh Penambahbaikan

:

14 – 16 Januari 2023

Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP

:

17 – 19 Januari 2023

Tarikh Penghantaran Permohonan Projek PPRN

:

20 Januari 2023

 

  1. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) memohon kerjasama YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/dan sistem PPRN.

 

  1. Bersama-sama ini dilampirkan pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, contoh Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut:

  1. Dr. Rozilee Asid (samb. 101010, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  2. Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  3. Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

📝 Pendaftaran Sesi Januari 2023 kini dibuka

Anjuran bersama Pusat Islam UMS (PIUMS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

 

📝Kursus ini mengandungi 9 modul :-

1) Pengurusan Institusi Masjid

2) Pengurusan Jawatankuasa Masjid

3) Pengurusan Pengimarahan Masjid

4) Pengurusan Dalaman Masjid

5) Pengurusan Kewangan Masjid

6) Pengurusan ICT dan Media Masjid

7) Pengurusan Ekosistem Masjid

😎 Pengurusan Keselamatan dan Pekerjaan Masjid

9) Pengurusan Dakwah di Masjid

 

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut : https://bit.ly/SPPM-2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

📝Pendaftaran Sesi Januari 2023 kini dibuka

Anjuran: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS)

📝Kursus ini mengandungi 7 modul :-

1) Pengantar Syariah Islam

2) Usul Fiqh & Qawaid Fiqiyyah

3) Sistem Ibadah Islam

4) Sistem kekeluargaan Islam

5) Sistem muamalat Islam

6) Undang-undang jenayah Islam

7) Sistem Pemerintahan Islam

Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/SAPS-2023

 

Pengumuman Daripada: Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Bendahari UMS

 

Program Pendigitalan Kampus Siri I Anjuran Network Malaysia Sdn Bhd (PAYNET) ini merupakan program kerjasama dengan pihak Jabatan Bendahari UMS dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 Universiti Malaysia Sabah (MPP UMS) akan mempergiatkan lagi pembudayaan cashless campus ini dengan membuat program cashless campus dalam kalangan mahasiswa. 

Ia juga merupakan salah satu alternatif kepada pelajar untuk melakukan pembayaran tanpa menggunakan wang tunai. Oleh itu, Semua pelajar dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini dan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.