Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

Pemakaian Templat Penyediaan Maklumat Kursus di Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut (F/A/P/I) Universiti Malaysia Sabah

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) telah membangunkan templat format MS Excel bagi penyediaan Maklumat Kursus [Table 4 v2.0] bersesuaian dengan Advisory Note PPKA 1/2022 dan arahan pihak Agensi Kelayakan Malaysia [MQA]. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan akademik UMS.  Pemakaian templat ini berkuatkuasa digunapakai pada Semester 1 Sesi 2022/2023.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP)

 

Peluang mewakili UMS untuk Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi. Hadiah Wang tunai RM60,000 menjadi rebutan!

 

✅ terbuka kepada Usahawan Pelajar UMS yang mempunyai idea/produk ASLI

✅ Projek inovasi keusahawanan yang dihasilkan dalam tempoh tahun akademik 2020/2021 sehingga tahun akademik 2021/2022.

✅ terbuka kepada pelajar Diploma & Sarjana Muda

✅ penyertaan secara berkumpulan (max 5 pelajar dalam setiap kumpulan)

✅ yuran penyertaan PERCUMA

✅ laporan rancangan perniagaan & pembentangan video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

 

Penyertaan adalah melalui Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP)

 

Tarikh tutup penghantaran penyertaan kepada PKPKP UMS adalah pada 10 Oktober 2022, Isnin

 

Untuk maklumat lanjut sila klik link https://linktr.ee/pui2022

SIla hantar penyertaan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.