Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR TAKLIMAT MENGENAI PENDAFTARAN PERMOHONAN PEMBERITAHUAN SUKARELA HAK CIPTA ANJURAN PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan, satu webinar taklimat mengenai pendaftaran permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan diadakan pada 9 Ogos 2022 (Selasa) secara atas talian. Webinar ini terbuka kepada semua dan ia adalah PERCUMA. YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke Sesi Taklimat ini.

3. Dilampirkan poster Sesi Taklimat untuk YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan imbas kod QR tertera atau klik pautan berikut untuk mendaftar: https://zoom.us/webinar/register/WN_wbt9mvoATbijHLTZKR46BQ

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menguar-uarkan jemputan ini di Fakulti/Akademi/Institut/Pusat masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan, pihak fakulti ingin memohon jasa baik Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi kajian kepuasan pelanggan FSSK bagi tujuan membantu kami menambah baik dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan kami. Berikut disertakan pautan link:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FSSK

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS/Career and Student Entrepreneurship Development UMS

Aktiviti Cuti Semester!!! [8 - 12 Ogos 2022 | 7.00 - 10.00 malam]

HEADS UP: GRADUATE EMPLOYABILITY PROGRAMME

Anjuran bersama: Ethovent dengan PKPKP UMS

🔵 100% secara dalam talian

 

Modul:

🔵Critical Thinking Skills & Decision Making

🔵 Communication Skills and Online Self Discovery

🔵 Resume Writing

🔵 Interview Skills

 

🗓️ DAFTAR SEGERA: https://forms.gle/8SBzrqRj2kK9cain6

Info lanjut: PKPKP UMS - Fatiha 0164850989

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengembangan Profesionalisme Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa  Sistem Penajaan (eSP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Fasa 3 akan dibuka mulai 04 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 31 Ogos 2022 (Rabu) bagi memenuhi kuota yang diluluskan.

Sehubungan itu, kakitangan Akademik yang akan melanjutkan pengajian tahun ini boleh mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Permohonan untuk melanjutkan pengajian boleh dibuat secara atas talian seperti berikut:

  1. Log in ke https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login
  2. Klik Pautan https://registrar.ums.edu.my/staff/web/cutibelajar/view-takwim

Dilampirkan bersama adalah Inforgrafik Maklumat Pengisian Kuota Biasiswa KPT (SLAB/SLAI/SK/PD) bagi tahun 2022.

Sekian, terima kasih.