Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Notis Penutupan Bekalan Elektrik Di Bangunan Dewan Canselor Dan Pusat Perkhidmatan Pelajar Pada 18 Mac 2022 (Jumaat) (.pdf)

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 18 Mac 2022 (JUMAAT)

Anggaran Tempoh: 2 Jam 30 Minit (6:30 PM- 9:00 PM)

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja pengujian beban bagi janakuasa tunggusedia (Stanby Genset) untuk tujuan persediaan Konvokesyen

Lokasi yang telibat: Dewan Canselor & Pusat Perkhidmatan Pelajar

 

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elekrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain Binti Abdullah -013-8791017) atau Penolong Jurutera (En Zasmin Utuh -013-892 6428)

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Pemakluman Berkenaan Jawatankuasa ICT Dan Kategori Bukan ICT Dan Bukan ICT Bagi Tujuan Perolehan ICT (.pdf)

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin berkongsi maklumat berkenaan Jawatankuasa ICT yang terdapat di UMS dan juga Panduan Kategori Bukan ICT dan Bukan ICT bagi tujuan perolehan ICT.

 

Ingin dimaklumkan terdapat perolehan ICT yang memerlukan kelulusan spesifikasi teknikal sebelum aktiviti perolehan dapat dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari dokumen yang dilampirkan bersama pengumuman ini.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan kami di talian UCS 102646.

 

Sekian, terima kasih.