Pengumuman Daripada: Urusetia, Jawatankuasa Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M       

 

Pencalonan Bagi Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Universiti Malaysia Sabah 1443H/2021M (.pdf)   

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M bertujuan untuk memberi penghargaan kapada kakitangan UMS yang telah memberikan sumbangan yang besar dan bermanfaat kepada kecemerlangan UMS dalam aspek akademik, pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan kemasyarakatan bagi mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti Malaysia Sabah pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

  

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah/ Maulidur Rasul Universiti Malaysia Sabah (Lampiran) dan Borang Pencalonan (https://forms.gle/rR7BtmVhvxA1nabXA) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin) sehingga 24 Oktober 2021 (Ahad).

 

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohammad Fazri Abdul Hamid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam melalui no. telefon: 016-8304687 atau emelkan kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Ucapan Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan | Fakulti Sains & Sumber Alam | Perpustakaan UMS | Penerbit UMS | Pejabat Penasihat Undang-Undang | Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan | Bahagian Perkhidmatan  Akademik | Pusat Luar UMS | UMS Kampus Antarabangsa Labuan | Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa | Pusat Jaminan Kualiti | Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan | Pusat e-Pembelajaran | Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar | KESUMBA | Fakulti Perhutanan Tropika | Fakulti Komputeran Dan Informatik | Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan | Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf

 

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita UMS

 

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

 

🌸Salam Maju Sehati 🌸

 

COUNTDOWN 5 HARI LAGI

 

Buat julung kalinya KESUMBA akan menyambut Ulang Tahun ke-25 pada 19 Oktober 2021 yang akan datang.  Sehubungan itu, KESUMBA akan mengadakan sambutan secara atas talian pada ketetapan seperti berikut ;

 

 📝 Tarikh : 22 Oktober 2021(Jumaat)

 🕰️ Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

 📌 Kaedah : WEBEX  https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=mff9768d78fe875babfb4ac7f49d7495d

 

 🌹 Perasmi : YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.)Hajah Norlidah Tan Sri Datuk RM. Jasni, Penaung KESUMBA

 

Antara lain pengisian menarik kali ini ialah 📖 Pelancaran e-buku Coffee Table KESUMBA, 🔖Sesi Webinar dan 🎁Cabutan Bertuah untuk para ahli KESUMBA yang hadir!🎊

 

Jumpa di sana!🎊🎈💐💐💐

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan Program Keusahawanan: Reality Show MoHE Star Biz Challenge – Taikun Muda yang dijangka akan bermula pada bulan Oktober 2021. Untuk makluman YBhg. Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, salah satu objektif program ini adalah untuk membuka peluang kepada usahawan pelajar menonjolkan diri melalui idea-idea segar, kreatif dan inovatif dan menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan.Peserta akan dibimbing oleh usahawan berjaya tentang ilmu perniagaan dan dana akan diberikan kepada juara bernilai RM50000 beserta sijil dan trofi!

Sehubungan itu, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah mempelawa YBhg.Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini dengan menghantar calon-calon ke https://forms.gle/RpiFJNvKeWywtEFUA untuk tindakan pihak PKPKP selanjutnya. Hanya maksimum lima (5) orang peserta dari Universiti Malaysia Sabah sahaja yang boleh dihantar untuk mengikuti program ini.

CARA PENYERTAAN:
Peserta juga hendaklah menyediakan maksimum empat (4) minit video persembahan yang mengandungi perkara berikut:
i.  Butiran peribadi peserta (Nama, Nama Universiti, Program/Kursus)
ii.  Idea dan strategi untuk memajukan sesuatu perniagaan
iii.   Pengalaman dalam bidang keusahawanan

SYARAT PENYERTAAN:
i. terbuka kepada semua pelajar IPTA, IPTS, dan alumni (kurang dari setahun) di seluruh negara
ii. berusia tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon sebagai peserta program
iii. mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik
iv. penyertaan hanyalah dari warganegara Malaysia sahaja
v) penyertaan hanya boleh dihantar secara individu sahaja

 


TARIKH TUTUP PENYERTAAN DI PERINGKAT UMS :

28 OKTOBER 2021

 

segala kerjasasama daripada YBhg. Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: ANSOS Pasca, UMS

 

 

ANSOS Pasca cordially invites you to the webinar Nail Your Presentation! -

 

Date: 21 October 2021 (Thursday)

Time: 2:00pm - 3:30pm

Venue: Google Meet - meet.google.com/ycj-efyi-kxs

 

Come and get tips on how to prepare, and boost confidence, during a presentation.

 

Speaker will touch on Pecha Kucha style of presentation and the 3-minute Thesis format.

 

See you there! 😄