Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS

 

 

Adakah vaksin COVID-19 selamat? Adakah vaksin itu toksik (beracun) dan merbahaya? Adakah benar vaksin boleh mengubah struktur genetik? Adakah betul vaksin itu “time bomb”? Adakah benar vaksin boleh memendekkan jangka hayat penerimanya? Patutkah saya ambil vaksin atau tidak?

 

Terlalu banyak dakwaan yang tular di dalam media sosial tentang vaksin COVID-19. Untuk ketahui yang mana fakta dan yang mana auta, ikuti perbincangan mengenai isu vaksin di dalam webinar berikut:

 

Tajuk: Pembangunan Vaksin COVID-19: Isu dan Cabaran

Tarikh: 17 September 2021 (Jumaat)

Masa: 9.30 am

Platform: FB Rasmi UMS & YouTube rasmi “UMS Net”

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan KUKURO pada ketetapan berikut:

 

 

Tarikh: 16 September 2021 (Khamis)

 

Masa: 7.30 malam hingga 10.00 malam

 

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem KUKURO akan mengalami sedikit gangguan sementara.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian tanpa wayar (WiFi) pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 17 September 2021 (Jumaat)

Masa: 5.00 Petang hingga 6.30 Petang

Lokasi Terlibat: UMS Kampus Induk

                            

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan , pengguna rangkaian tanpa wayar (WiFi) akan mengalami gangguan akses yang melibatkan akses dalaman dan luaran (internet) buat sementara waktu.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

|15 SEPTEMBER 2021|

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMARAK PATRIOTISME KKTF 2021 (SEMARAK’21)

 

Merujuk perkara di atas, pihak penganjur akan mengadakan Majlis Perasmian Penutupan SEMARAK’21 ini pada ketetapan berikut:

 

🗓️ Tarikh: 16 September 2021 (Khamis)

🕰️ Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam

💻 Platform: Facebook Laman Rasmi KKTF (http://bit.ly/FB_KKTF)

 

📌 Semua pihak dijemput hadir

🎖 SDP UMS dan E-Sijil Peringkat Kebangsaan disediakan

 

📌 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

📞 Fahim: wa.me/60178948857

 

Perpaduan Pemacu Kemajuan Bangsa

 

Yang menjalankan amanah,

Unit Urusetia dan Pendaftaran,

SEMARAK’21,

Kolej Kediaman Tun Fuad,

Sesi 2020/2021,

Universiti Malaysia Sabah.