Pengumuman Daripada: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS

 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) akan ditutup secara fizikal bermula 30 Ogos 2021 (Isnin) dan 01 September 2021 (Rabu). Semua urusan dalam tempoh tersebut dibuat secara atas talian.

 

3. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nama yang tertera pada poster yang dilampirkan.

 

Perhatian dan kerjasama Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Bagi memastikan Perkhidmatan E-Learning Sistem Smartv3 akan terus berfungsi dengan baik. Hal ini adalah bagi meningkatkan kapasiti ruang simpanan di dalam sistem Utama Smartv3. Kerja-kerja NaikTaraf/penyelenggaraan akan diadakan pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh: 31 Ogos 2021 (Selasa)

Masa: 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah hari

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami sedikit gangguan/tidak dapat di akses untuk sementara waktu.

 

Segala kesulitan amat kami kesali.