Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) mengucapkan terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan kami melalui pautan https://qrgo.page.link/3Mh7T.

 

Pandangan anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan.

 

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pentadbiran dan Governan ingin mendapatkan maklum balas berkenaan Kajian Kepuasan Pelanggan UMS Tahun 2021 bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

 

?Mohon Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:   

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=BPG

 

Terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UMS

 

 

Imuniti kelompok dilihat sebagai penyelamat untuk mengekang penularan COVID-19 dan diharap dapat memberi kebebasan untuk kembali kepada kehidupan normal.

Untuk itu, kami bawakan Edisi Khas Bicara Pakar Medik bersama tiga orang panel hebat untuk membicarakan topik 'Vaksin COVID-19 : Bersama Kita Bertindak'.

 

Tarikh: 2 Julai 2021 (Jumaat)
Masa: 10:30 pagi - 12:00 tengah hari
Medium: Facebook UMS dan CISCO Webex https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m57eac6a0d08c66c141dc262e860e626d
Meeting number: 158 557 7722
Password: 4jJPEquPs42

 

#UMSKampusRahmah
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita