Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW), UMS

 

  

Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

KEMPEN SUMBANGAN STAF DALAM TABUNG-TABUNG AMANAH UMS (ENDOWMEN DAN WAKAF) MELALUI POTONGAN GAJI

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan kempen sumbangan staf ke Tabung-Tabung Amanah UMS (Endowmen dan Wakaf) melalui potongan gaji dengan sumbangan minimum RM3.00 sebulan.  Sumbangan akan digunakan untuk membantu pelajar UMS yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kewangan. Selain itu, sumbangan juga akan digunakan selaras dengan TOR Tabung-Tabung Amanah UMS yang mana sekaligus membantu dalam pembangunan pendidikan Universiti.

 

Staf UMS yang berminat dimohon untuk melengkapkan maklumat seperti dalam borang bentuk google form yang berikut: https://qrgo.page.link/rRCd9  

 

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Norsuana Aliaspar di talian 088-320 000 Ext: 202 302

 

Keperihatinan dan kedermawan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

 YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Buku Syarat Kemasukan Sesi Akademik 2021/2022 telah dimuat naik di laman web. Sila layari pautan http://bpa.ums.edu.my/images/dokumen/syarat_kemasukan/BUKU_MAKLUMAT_KEMASUKAN_UMS_2021.pdf untuk memuat turun buku maklumat tersebut.

 

Sebarang pertanyaan berhubung Buku Syarat Kemasukan tersebut boleh berhubung terus dengan Pn. Ramni Awang dan Cik Masrina Maujar melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Borang Penyertaan Sumbangan Iftar 2021 (.pdf)

Cadangan Jadual Sumbangan Berbuka Puasa Sempena Sambutan Ihya 2021 (.pdf)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, UMS melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 2021M/1442H. PIUMS akan mengadakan program iftar (Berbuka Puasa) khasnya kepada mahasiswa UMS di Kampus Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan dan jemaah masjid yang dianggarkan seramai 300 jemaah setiap hari bagi Kampus Induk Kota Kinabalu dengan jumlah perbelanjaan RM3000.00 sehari (RM10.00 x 300 orang), 50 jemaah bagi Kampus Antarabangsa Labuan dengan jumlah perbelanjaan RM1000.00 sehari (RM10.00 x 100) dan 50 jemaah bagi Kampus Sandakan dengan perbelanjaan RM500.00 sehari (RM10 x 50).

 

3. Sehubungan itu, PIUMS membuka ruang dan peluang kepada pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyumbang perbelanjaan iftar tersebut dan menghebahkan aktiviti ini kepada kakitangan seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama ini, disertakan borang penyertaan sumbangan iftar dan borang cadangan jadual sumbangan berbuka puasa untuk tindakan dan rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Binik Majuril di talian 088-320000 sambungan 613866 atau HP: 019-8737704.

 

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan ramadhan.

 

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Assalam wrth dan Salam Sejahtera.

 

Dimajukan Info Grafik melibatkan Tatacara Permohonan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik (bagi kakitangan yang berstatus lantikan tetap sahaja) melalui https://registrar.ums.edu.my dan permohonan boleh dibuat sepanjang masa.

 

Untuk makluman, buat masa ini permohonan melibatkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan Gred DS52, Profesor Madya Gred DS54 dan Profesor Madya Gred Khas C (VK7) boleh mengunapakai Sistem Baharu Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik bermula 29 Mac 2021. Manakala bagi permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Guru Bahasa Gred DG44/48/52 dan Pensyarah Perubatan (DU54/DU56) boleh digunapakai bermula pada 5 April 2021.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Encik Razmi Awang Osman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Puan Nurhanisah Binti Sinin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.