Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar

 

#SabahProduktifSabahMaju

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah akan menganjurkan satu satu sesi webinar bersempena E-Productivity Day: Sabah Moving Towards Digitalization yang akan berlangsung pada butiran di bawah.

?E-Productivity Day anjuran MPC Wilayah Sabah akan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.

?Program ini bakal menampilkan para panel yang hebat lagi bijaksana termasuk:

1. Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Entertainment Sdn Bhd

2. Kenneth Ong Chon Kiat, Pengarah, salonmy.com

3. Dr. Firdausi Suffian, Timbalan Rektor, UiTM Kampus Sabah

Butiran program adalah seperti berikut:

?  Program: E-Productivity Day: Sabah Moving Towards Digitalization
?  Tajuk Webinar: “Create Readiness Industry Players Towards Covid19 Challenges”
?  Tarikh: 5 Disember 2020 (Sabtu)
?  Masa: 8.00 a.m – 12.00 p.m
?  Medium:

▶️  ZOOM - https://zoom.us/webinar/register/WN_TrDqDOT_RoiNkuD5Vrea1g
▶️  Facebook Page Live –
Malaysia Productivity Corporation – MPC Sabah : https://www.facebook.com/2000775613523550/posts/2740118126255958/?extid=0&d=n

Sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi:
??‍?  Cik Ingrid Ng Edy - 088 - 233 245
??‍?  Cik Nurfariha Ahmad - 088 - 233 245

Pihak MPC Wilayah Sabah amat mengalu-alukan kehadiran Tuan / Puan untuk memeriahkan lagi program atas talian ini.

Jumpa nanti!

 

Pengumuman : Perpustakaan UMS 
 
Pengguna Perpustakaan UMS yang dihormati.

Perpustakaan sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dalam usaha memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pengguna Perpustakaan.
 
Saudara-saudari boleh mengisi borang soal selidik dengan melayari pautan berikut: https://rb.gy/j0tika

Kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih
 

 

Pengumuman Daripada    :  Urusetia, Jawatankuasa Anugerah Tokoh Kepimpinan            

Kepada                                              :  Kakitangan Universiti Malaysia Sabah

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

         

Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 30 November 2020 (Isnin) sehingga 14 Disember 2020 (Isnin).

 

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia melalui emel ini: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.