Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Subjek: Iklan Pengisian Jawatan Ketua Pustakawan Di Universiti Malaysia Sabah

Pegawai Dihubungi : Encik Ismail Bin Ladama (088-320000 Samb : 103233)

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ini mempelawa kakitangan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan Ketua Pustakawan gred Utama C (VU7) di universiti ini.

 

  1. Bersama ini disertakan iklan dan panduan permohonan jawatan berkaitan untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti dinyatakan dalam iklan yang disertakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Julai 2020 (Isnin).

 

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Subjek: Jemputan Menyertai Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak Bertajuk Secrets Of Good Scientific Paper Writing And Successful Publishing, Universiti Malaysia Sabah Secara Atas Talian.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak, UMS bertajuk Secrets of Good Scientific Paper Writing and Successful Publishing, yang akan disampaikan oleh speaker jemputan iaitu YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia, akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh:           3 Julai 2020 (Jumaat)

Masa:             10:00 pagi - 11:30 pagi

Kaedah:         Cisco Webex melalui pautan:

https://ums-edu.webex.com/ums-edu/j.php?MTID=mbade23e3764b68fade03e0f7825ddf20                   

  1. Sehubungan itu, pihak PPPI dengan segala hormatnya menjemput YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama menyertai sesi perkongsian tersebut di atas. Kerjasama YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dipohon agar dapat mewar-warkan jemputan ini kepada kumpulan kakitangan akademik di bawah seliaan masing-masing.
  2. Sekiranya pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tajuk sesi perkongsian yang ingin diajukan kepada speaker berkenaan, mohon agar pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemukakannya kepada pihak urusetia iaitu Pn. Alizah Fadzlur melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Jun 2020 (Ahad).
  3. Bersama ini disertakan poster jemputan sebagai rujukan. Kerjasama YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Pelawaan Menyertai Ibadah Korban & Akikah Sempena Aidiladha 1441H/2020M, UMS

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Ibadah Korban & Akikah Peringkat UMS telah dibuka untuk tempahan seperti maklumat berikut:

? Tarikh tutup Penyertaan pada: 21 Julai 2020 (Selasa)
? Tempat: Masjid UMS, Pusat Tahfiz & Kampung Terpilih Sekitar Negeri Sabah
? Pakej & Gred: 
(Pakej A RM750.00 = 1 Bahagian)
(Pakej B RM650.00 =1 Bahagian)
 
  • Untuk tempahan & pertanyaan lanjut, sila berhubung urusetia berikut:
 
1. Ust. Binik Majuril (https://IBADAHKORBANUMS2020.wasap.my)
 
2. Ust Mahmud Mahanis (https://IBADAHKORBANUMS1441.wasap.my)