Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Makluman Pelaksanaan Solat Jumaat Pada 29/5/2020 Di Masjid UMS Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohon makluman kepada semua warga UMS tentang Pelaksanaan Solat Jumaat pada 29/5/2020 akan diadakan di Masjid UMS. Namun pelaksanaan tersebut dibuat mengikut garis panduan yang telah dinyatakan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Mei 2020 yang menyatakan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan dengan jemaah tidak kurang 3 orang dan tidak melebihi 12 orang. Sehubungan itu, pihak Pusat Islam, UMS telah menetapkan penama yang yang boleh hadir untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari tersebut.

 

 Pengumuman Daripada: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)

Subjek: Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 3/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM)

Lampiran

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 3/2020 bermula pada 28 Mei 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

                                                                                                         

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM

-          28 Mei 2020 – 30 Jun 2020

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

 

22 Jun 2020 (Isnin)

 

***Penting untuk semakan dokumen

 diperingkat PPPI dan tandatangan Pengarah PPPI

3.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk:

i) satu (1) set salinan hardcopy

ii) satu (1) set salinan softcopy (email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

4.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 100572 / 100012 / 101861

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

Announcement From: Department of Information Technology and Communication

Subject: Hoax Email

This announcement is addressed to all Webmail UMS users.

It has come to our attention that certain hoax emails with subject such as 
''Pentadbir e-mel web" Are currently being circulated. These emails basically request users to provide their username and password.

We would like to inform that:-

•         THE ABOVE MENTIONED EMAIL IS A HOAX.

•         In compliance with ICT Security, JTMK as administrator of the email system NEVER requests users to disclose their password and username via email.


We are requesting users to:-

•         PLEASE IGNORE these emails and ANY SUCH MAIL IN THE FUTURE and DO NOT REPLY.


Attached herewith are samples of the said HOAX EMAIL.

Kepada  : Kakitangan UMS, Pelawat termasuk Pekerja Luar yang masuk ke UMS
Hebahan daripada : Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan COVID-19 UMS
Subjek : UMS Shield COVID-19 Self-Assessment Tool  
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Merujuk kepada Klausa 4.0 Pengurusan keluar dan masuk di tempat kerja dalam Pekeliling Pendaftar Bil.4 Tahun 2020 Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Universiti Malaysia Sabah yang dikeluarkan pada 19 Mei 2020 telah menggariskan keperluan untuk memastikan semua kakitangan atau pelawat termasuk pekerja luar yang ingin masuk ke UMS dikehendaki untuk melengkapkan borang penilaian risiko individu untuk jangkitan COVID-19 secara atas talian(UMS Shield COVID-19 Self-Assessment Tool Online) yang bertujuan untuk menilai tahap risiko setiap orang yang akan masuk ke UMS bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di UMS. 
 
Video Infografik sistem

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Subjek: Email Palsu

Pengumuman ditujukan kepada semua pengguna Webmail UMS.

Untuk makluman, didapati beberapa pengguna Webmail UMS telah menerima email bertajuk
''Pentadbir e-mel web" yang pada asas nya email ini bertujuan untuk mendapatkan username dan password pengguna.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa:

•         Emel tersebut adalah EMEL PALSU, DAN BUKAN DARI UMS.

•         Isu keselamatan ICT menegah JTMK sebagai pentadbir email dari meminta pengguna mendedahkan password dan username melalui email.

Pihak kami juga meminta agar semua pengguna:

•         Sekiranya menerima lagi Email yang seumpamanya DIMASA DEPAN, SILA ABAIKAN email tersebut.

Bersama ini dilampirkan contoh EMAIL PALSU tersebut: