Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG ZIARAH WILAYAH DALAM TALIAN MELALUI SISTEM HRONLINE V4.0 BAGI TAHUN 2025
 
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan kemudahan tambang ziarah wilayah untuk kakitangan Universiti Malaysia Sabah kini boleh dipohon melalui sistem HROnline V4.0 (Menu Utiliti - Kemudahan) mulai 17 Disember 2024 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2025.
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
 
Sebarang pertanyaan lanjut:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS 

 

 

PENDAFTARAN BAGI SIRI 1 SESI JANUARI 2025 DIBUKA SEKARANG

(TERBUKA KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS)

SIRI 1/2025 - DIBUKA SEHINGGA 31 DISEMBER 2024 !!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam UMS telah menawarkan dua sijil kursus iaitu:-

1) SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) - Anjuran bersama JHEAINS
2) SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS)

 Yuran Pengajian:
1) SPPM = RM420 (Bayaran diterima secara ansur/penuh)
2) SAPS = RM820 (Bayaran diterima secara ansur/penuh)

Bayaran hanya diterima sehingga tarikh tamat tempoh pengajian SAHAJA


 Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan URUSETIA SIJIL SPPM/SAPS:-
WhatsApp - (6011-16440611 https://wa.link/5p4zot  )

DAFTAR SEKARANG DENGAN MENGISI MAKLUMAT TUAN/PUAN DI BAWAH:

Borang pendaftaran:
https://forms.gle/kSqHL91YSgxxWBKg9

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

MAKLUMAN
Untuk makluman awal kepada semua pelanggan Perpustakaan UMS bahawa Pangkalan Data JSTOR, Passport : Market Research Database, ProQuest dan IEEE Explorer akan dibatalkan langganannya bermula 1 Januari 2025 sehigga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pembatalan ini bagi tujuan penyelarasan semula tempoh langganan pangkalan data tersebut.
 
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan perpustakaan boleh merujuk pangkalan data lain yang terdapat di laman web Perpustakaan UMS atau menggunakan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP/PPD) sekiranya memerlukan bahan rujukan/artikel yang berkaitan.
 
Segala kesulitan amat dikesali.