PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS
SUBJEK : KEMPEN 6R3K 2019
Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan EcoCampus dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019 akan menganjur bersama ‘Kempen 6R3K’ yang akan dilancarkan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 11hb April 2019 (Khamis)
Masa : 8.00am – 10.00am
Tempat : Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS
Tujuan utama penganjuran ‘Kempen 6R3K’ ini adalah untuk menerapkan nilai dan semangat kampus dan gaya hidup hijau di kalangan warga UMS, termasuklah para kakitangan dan pelajar berkaitan dengan amalan ‘recycle, reuse, reduce, recreate, refuse, rethink’ sisa buangan kampus serta berkenaan dengan penerapan ‘kebersihan, keceriaan dan keselamatan’ di kalangan warga UMS.
Kempen ‘6R3K’ ini dibahagikan kepada (1) bengkel kemahiran kitar semula sisa buangan kepada bahan kegunaan di kolej-kolej kediaman secara bergilir pada setiap malam Rabu serta (2) hebahan dan pertandingan kreativiti untuk para pelajar secara atas talian pada setiap hari Khamis sepanjang Semester 2 Sesi 2018/2019.
Program ini dilihat mustahak untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada warga UMS tentang isu pencemaran sisa buangan (organik dan bukan organik) terhadap kelestarian kampus dan alam sekitar serta memotivasikan warga UMS ke arah usaha bersama demi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Kempen ini turut akan membantu dalam peningkatan kedudukan UMS dalam UI GreenMetric World University Ranking 2019 dari segi penganjuran program berimpak tinggi (Kriteria ‘Pendidikan dan Penyelidikan’). Ia turut mampu menyumbang ke arah pencapaian hasrat ‘kampus sisa sifar’ UMS dalam jangka masa panjang.