PENGUMUMAN DARIPADA : PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : TAKLIMAT PENERANGAN PROGRAM KEBAJIKAN CUEPACS UNTUK KAKITANGAN AWAM-ANJURAN CUEPACS
 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Sukacita dimaklumkan,anda semua adalah dijemput ke taklimat tersebut mengikut ketetapan berikut:- 
      Tarikh    : 08 Mac 2019 (Jumaat)
      Masa     : 09.00 pagi
      Tempat  : Auditorium Perpustakaan
03. Berikut dilampirkan surat untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
 
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
CUEPACS (.pdf)

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN BENDAHARI, UMS 
SUBJEK : BORANG EC TAHUN 2018
 
Y.Brs Prof/Dr/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
 
Borang EC tahun 2018 telah dimuat naik secara berperingkat dalam Portal Staff UMS dan boleh dicapai melalui alamat http://staff.ums.edu.my  seperti berikut:
 
Nama pengguna  :  alamat emel 
Kata laluan          :  sama seperti kata laluan emel
 
Sebarang pertanyaan berkaitan borang EC 2018 bolehlah berhubung melalui alamat emel :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2019
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2019 pada ketetapan seperti berikut:
 
        Tarikh             : 15 Mac 2019 (Jumaat)
         Masa              : 7.30 Pagi
         Tempat          : Dewan Canselor, UMS
 
3.     Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat,  majlis tersebut  boleh diikuti menerusi laman rasmi Facebook (FB) Universiti Malaysia Sabah (UMS Official) di pautanhttps://www.facebook.com/172269919517500.
 
4.     Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, kehadiran ke Majlis ini akan menggunakan sistem Smart-Hadir (hanya kepada pengguna telefon pintar Android). Maklumat dan aplikasi tersebut boleh dimuat turun di http://bit.ly/smart-hadir
Namun begitu kaunter pendaftaran juga akan dibuka seperti biasa pada hari tersebut.  Bersama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.