PEMAKLUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK : PEMAKLUMAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PEMANGKU PENDAFTAR (TEMPOH : 13 NOVEMBER 2018 HINGGA 31 JANUARI 2019)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan Puan Aidah Noordin (Pengarah Pusat Minda Lestari) telah dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan tugas sebagai Pemangku Pendaftar berkuatkuasa 13 November 2018 sehingga Pendaftar melapor diri bertugas semula pada 1 Februari 2019.
 
Perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, ke atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan sambutan tersebut di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh              : 30 November 2018 (Jumaat)
Masa                : 7.15 Pagi
Tempat            : Dewan Canselor ke Masjid UMS
 
Sehubungan itu, bagi pihak jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik ke Majlis tersebut. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan  YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik. dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN  MENGHADIRI MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHUN UMS KE-24
 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN  MENGHADIRI MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHU UMS KE-24
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan majlis yang tersebut diatas pada ketetapan berikut :
 
Tarikh    : 29 Novmber 2018 (Khamis)
Masa      : 6.00 Petang
Tempat   : Masjid UMS
 
Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput YBhg. Datuk/Datin/ Prof/ Dr./ Tuan/ Puan dan semua warga UMS yang beragama Islam untuk hadir ke majlis ini. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, selanjutnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian.
 
TENTATIF MAJLIS  KESYUKURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHUN UMS KE-24
 
MASA
PERKARA
5.50
: ketibaan kakitangan dan pelajar UMS
6.00
: Ketibaan Pegawai Utama UMS
6.15
: Solat Maghrib
- Bacaan Yasiin
 
Ceramah:
 - Ustaz Mohammad Syafiq Bin Imail
   Pendakwah Bebas
   Lulusan Universiti Islam Madinah
7.45
 
:  Solat Isyak
  - Jamuan makan
  - Bersurai

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PELAWAAN PENCALONAN SELAKU PANEL PENILAI UNTUK DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (DPKPM) BAGI LANTIKAN TAHUN 2019

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sekiranya berminat, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk memohon pencalonan selaku Panel Penilai untuk Dana Penyelidikan Fundamental Kementerian Pendidikan Malaysia (DPKPM) bagi lantikan tahun 2019 berdasarkan bidang kepakaran seperti di Lampiran A dan kriteria panel penilai seperti di Lampiran B.
 
Untuk maksud tersebut, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan maklumat penuh pencalonan (Lampiran C) dan Curriculum Vitae (CV) (Lampiran D) kepada pihak PPPI selewat-lewatnya pada 5 Disember 2018 (Rabu).

Sekian, terima kasih.