PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN  MENGHADIRI MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHUN UMS KE-24
 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN  MENGHADIRI MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHU UMS KE-24
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan majlis yang tersebut diatas pada ketetapan berikut :
 
Tarikh    : 29 Novmber 2018 (Khamis)
Masa      : 6.00 Petang
Tempat   : Masjid UMS
 
Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput YBhg. Datuk/Datin/ Prof/ Dr./ Tuan/ Puan dan semua warga UMS yang beragama Islam untuk hadir ke majlis ini. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, selanjutnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian.
 
TENTATIF MAJLIS  KESYUKURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M DAN ULANG TAHUN UMS KE-24
 
MASA
PERKARA
5.50
: ketibaan kakitangan dan pelajar UMS
6.00
: Ketibaan Pegawai Utama UMS
6.15
: Solat Maghrib
- Bacaan Yasiin
 
Ceramah:
 - Ustaz Mohammad Syafiq Bin Imail
   Pendakwah Bebas
   Lulusan Universiti Islam Madinah
7.45
 
:  Solat Isyak
  - Jamuan makan
  - Bersurai

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan sambutan tersebut di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh              : 30 November 2018 (Jumaat)
Masa                : 7.15 Pagi
Tempat            : Dewan Canselor ke Masjid UMS
 
Sehubungan itu, bagi pihak jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik ke Majlis tersebut. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan  YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik. dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PELAWAAN PENCALONAN SELAKU PANEL PENILAI UNTUK DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (DPKPM) BAGI LANTIKAN TAHUN 2019

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sekiranya berminat, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk memohon pencalonan selaku Panel Penilai untuk Dana Penyelidikan Fundamental Kementerian Pendidikan Malaysia (DPKPM) bagi lantikan tahun 2019 berdasarkan bidang kepakaran seperti di Lampiran A dan kriteria panel penilai seperti di Lampiran B.
 
Untuk maksud tersebut, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan maklumat penuh pencalonan (Lampiran C) dan Curriculum Vitae (CV) (Lampiran D) kepada pihak PPPI selewat-lewatnya pada 5 Disember 2018 (Rabu).

Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: KOPERASI UMS BERHAD
SUBJEK: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-13 (2018) KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD
 
Assalamulaikum dan Salam 1 Anggota KoUMS
 
Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr / Tuan / Puan,
 
PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-13 (2018) KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-13 KoUMS yang sepatutnya diadakan pada 30 November 2018 (Jumaat) telah ditunda kepada:
 
Tarikh/Hari   : 07 Disember 2018 (Jumaat)
Masa            : 9.00 Pagi
Tempat         : Auditorium YTL, Bangunan Yayasan Universiti Malaysia Sabah
 
Kehadiran semua anggota ke Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-13 (2018) ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jamuan dan Baucar Kehadiran disediakan. Sila rujuk lampiran.
 
Sekian,
Yang Ikhlas,
B/P: KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD
KUSNADI NURDIN
Urusetia Mesyuarat