PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL WORKSHOP ON INCUBATION MANAGEMENT FOR GRADUATES STARTUPS AND SMEs

 

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.                                   

2.         Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) dengan kerjasama American Council for International Education (ACIE) akan menganjurkan ‘International Workshop On Incubation Management for Graduates Startups and SMEs’ bermula pada 12 – 17 November 2018. Program ini dianjurkan bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan dan institusi pendidikan Malaysia dengan penglibatan pensyarah keusahawanan, usahawan EKS dan pihak pentadbir pusat keusahawanan dalam kalangan IPT awam dan swasta. 

 

3.         Sebagai makluman, penceramah program ini adalah felo profesional dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Silvia Mah. Beliau juga merupakan Pakar Perunding Usahawan Wanita dan Pengasas Inkubator Usahawan Wanita (Hera Labs, USA). Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini pada butiran seperti berikut:

 

Tajuk Program            : Educators Entrepreneurship Enhancement Workshop (3EW)

Tarikh                         : 12 - 13 November 2018 (Isnin - Selasa)

Masa                          : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat                        : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor

 

Tajuk Program            : Women Empowerment Entrepreneurship Workshop (W2EW)

Tarikh                          : 16 - 17 November 2018 (Jumaat - Sabtu)

Masa                           : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat                        : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor

 

4.         Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif ke-4 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 yang mana ianya memfokuskan kepada pengukuhan kompetensi tenaga pengajar sebagai kumpulan enabler. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul serta menganjakkan minda mereka dari pencari pekerjaan (job seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator).

 

5.         Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput dan digalakkan untuk menyertai program ini. Kami juga memohon kerjasama untuk mewar-warkan pemakluman program ini kepada yang berminat khususnya tenaga pengajar akademik yang terlibat secara langsung dalam program atau pengajaran dan pembelajaran modul keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran pengajaran disamping menerapkan nilai dan elemen keusahawanan dalam diri.

 

6.         Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian bit.ly/imgs2018 sebelum atau pada 7 November 2018. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan kepada urusetia program, Cik Siti Suryani Mat Nasit di talian 03-89213287/013-9445690 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

enlightenedTentatif Educators Entrepreneurship Enhancement Workshop 3EW

enlightenedTentatif Women Empowerment Entrepreneurship Workshop W2EW

 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: CALL FOR PROPOSAL: MESTECC TOWARDS NO SINGLE USE PLASTIC 2018 - 2030

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menawarkan matching grant  bernilai sehingga RM 5 juta bagi setiap projek dan mengalu-alukan pemohon daripada Syarikat (dengan kolaborasi bersama penyelidik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam) untuk menjalankan penyelidikan bagi topik-topik berikut:

  • Strengthening Enforcement of Bioplastic with Rapid Testing Kit.
  • Technology for Producing Starch Blended/Crude Palm Oil Based Resin for the Manufacturing of Bioplastic Products.
  • The Production of Biomass-Based Food Packaging Using Empty Fruit Bunch.

Tarikh Permohonan      : 1 – 21 November 2018

Turut dilampirkan Garis Panduan Permohonan serta Proposal Summary Form untuk rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

  1. Urusetia Bahagian Dana MESTECC

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Tel: 03-8885 8305/8322/8704/8666

  1. Seksyen Pengurusan Inovasi, PPPI

No. Samb.: 613803 / 613806 / 613809

Sekian, terima kasih.