PENGUMUMAN DARIPADA: KELAB KEBAJIKAN, REKREASI & LIBATSAMA MASYARAKAT (KaRIB), PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB)

SUBJEK: WORLD ANIMAL DAY 2018

 

Tarikh                       : 05 - 06 Oktober 2018 (Jumaat - Sabtu)

Masa                        : 08.00 Pagi - 05.00 Petang

Tempat                     : Auditorium, Perpustakaan, Universiti Malaysia 

                                   Sabah (UMS)

Aktiviti                       : Pameran, Ceramah, Forum, Derma Darah,

                                   FoodTruck, Lucky Draw

Penganjur                 : KaRIB, UMS dengan kerjasama Borneo Animal

                                    Welfare Society Sabah dan International Aid for 

                                    Protection & Welfare for Animals

 

Ucapan Aluan Pengerusi Pelaksana Program : Cik. Anna Lyn Abu Bakar

 

World Animal Day (Hari Haiwan Sedunia), adalah acara kebangsaan yang disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 4 Oktober. Sehubungan dengan itu, JK KaRiB Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, dengan kerjasama BAWSS dan IAPWA akan menganjurkan acara selama dua hari. Acara ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan diperingkat dunia umumnya dan peringkat negeri Sabah khususnya. Acara pada 5hb Oktober ini akan dimulakan dengan Sesi Ceramah dan Forum serta Pameran dari agensi-agensi kerajaan dan NGO serta Kempen Derma Darah. Pada 6hb Oktober pula, acara diteruskan dengan pameran oleh gerai-gerai. Acara ini dibuka kepada umum serta pelajar-pelajar sekolah dan sesiapa yang berminat untuk hadir. Mari beramai-ramai memeriahkan dan bersama-sama kita making a better future for animals.

 

“ World Animal Day is an international day of action for animals right and welfare celebrated annually on October 4th. Thus, in conjunction with World Animal Day on 4th October 2018,PPIB in conjunction with BAWSS and IAPWA are organizing a 1 day event. This event is hoped to raise the status of animals in order to improve welfare standards around the globe specifically to the community in Sabah. 5th october will be the highlight of the event where talk and forum on animal welfare will be conducted. on the 6th october, the event will proceed with exibitions from different animal NGOs in Sabah.  Together we making a better future for animals. See you there“

PENGUMUMAN DARIPADA:  FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
 
SUBJEK:  JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR INTERAKTIF SMART SHARING PROGRAMME (SHARP) : PENYALAHGUNAAN BAHAN & KAUNSELING PEMULIHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan seminar tersebut di atas pada 10 & 11 Oktober 2018 di Dewan Resital, UMS.
 
Antara objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta seminar tentang implikasi penggunaan bahan psikoaktif terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Seminar ini juga menekankan tentang kepentingan kesedaran dalam kalangan komuniti untuk membantu mencegah penyalahgunaan bahan dan pemulihan penagih dadah. Penceramah seminar ini adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof. Dato’ Dr. Mahmood Nazar (Profesor Psikologi CUCMS), YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Hussin (Mantan Pengarah AADK), Yang Arif. Dato’ Duncan Sikodol (Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah), Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Mohd Daud (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS) dan lain-lain.
 
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput dan memohon kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. untuk memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan dan pelajar di JFPIU. Bersama ini disertakan maklumat seminar untuk rujukan dan tindakan lanjut daripada pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri.
 
Untuk sebarang maklumbalas, pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. bolehlah berhubung dengan En. Md Razali Saibin di talian 013-543 0833 atau Cik Nazatul di talian 019-5362175.
 
Semoga dengan keprihatinan YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. di dalam perkara ini diucapan ribuan terima kasih.