PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: GANGGUAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dimaklumkan bahawa kawasan yang dinyatakan di bawah akan mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak Telekom Berhad. Sebelum ini penyelanggaraan tersebut di jadualkan pada 30 Mei 2018 namun dijadualkan semula pada 27 Mei 2018. 
 
Gangguan akan bermula pada 27 Mei 2018 jam 00:00 dan dijangkakan selesai pada 27 Mei 2018 jam 08:00. Berikut adalah kawasan yang terlibat : 
 
  • Kolej Kediaman Usia 1 Borneo
  • Kolej Kediaman Sri Angkasa
  • Kolej Kediaman Kingfisher
  • Kolej Kediaman Taman Mutiara, Labuan.
  • Blok Klinikal QEH
  • Pusat Rawatan Desa Sikuati Kudat 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: PENGAKTIFAN ADOBE CREATIVE CLOUD, UMS
 
Makluman kepada semua staf UMS yang telah menerima notifikasi email daripada Adobe seperti dibawah . Email berkenaan adalah RASMI dan bukan SPAM Prof /Dr /Tuan /Puan bolehlah mengaktifkan untuk kegunaan bagi menyokong pengajaran dan pentadbiran.
 
Untuk makluman Prof/Dr/Tuan/Puan yang telah menerima notifikasi seperti di atas boleh memuat turun perisian yang telah di sediakan oleh Adobe secara percuma.
Maklumat dan panduan untuk mengaktifkan perisian ini boleh dirujuk di laman web rasmi JTMK atau http://www.ums.edu.my/jtmk/files/MANUAL-ADOBE.pdf
 
Nota: Acrobat Pro salah satu perisian adobe yang di sediakan untuk pengguna membuat proses convert fail Pdf kepada (Word,Excel dan Power Point).
 
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Helpdesk JTMK.

PENGUMUMAN DARIPADA               :  URUSETIA, JAWATANKUASA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN           
KEPADA                                             :  KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK                                              :   PENCALONAN BAGI ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PENCALONAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.      
 
Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg.
Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun ini.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 24 Mei 2018 (Khamis) sehingga 11 Jun 2018 (Isnin).
 
Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia di talian samg: 1444.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Pengumuman Daripada : Bahagian Perundangan dan Integriti, Jabatan Pendaftar

Subjek: KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN SAHSIAH RUPA DIRI BAGI PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk untuk mematuhi peraturan ini.

Pihak Pengurusan Universiti mendapati, ada segelintir kakitangan Universiti yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk mengenai larangan memakai purdah. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap kakitangan di bawah seliaannya. Jika berlaku sebarang pelanggaran kepada peraturan ini atau mana-mana peraturan lain, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan yang bersesuaian.

Adalah diingatkan bahawa kegagalan kakitangan Universiti dalam mematuhi peraturan ini dianggap terjumlah kepada salah laku ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bil. 7/2011 bertarikh 6 Disember 2011 "Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" yang dibaca bersama Pekeliling Pendaftar Bil.8/2012 bertarikh 8 Ogos 2012 "Pindaan Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" untuk dimaklumkan semula kepada semua kakitangan di bawah seliaan masing-masing. 

 

1. Surat Makluman Kewajipan Mematuhi Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja UMSclickpink

2. Pekeliling Pendaftar Bil. 7 2011clickpink

3. Pekeliling Pendaftar Bil. 8 2012clickpink