Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek: Makluman Pembukaan Permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund)
 
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA KOLABORASI ANTARABANGSA (INTERNATIONAL COLLABORATION FUND)
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund) telah dibuka untuk permohonan.
 
 
3.       Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian menggunakan sistem eDana melalui pautan https://edana.mosti.gov.my/. Garis Panduan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund) juga boleh dirujuk melalui portal yang diberikan. Sehubungan itu, kerjasama pihakYBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund) kepada semua penyelidik di institusi/organisasi/agensi masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada pihak urussetia di talian 03 – 8885 8324 / 8322 / 8367 / 8704.
 
4.       Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Subjek: Sistem Turnitin tergendala buat sementara waktu
 
Sistem Turnitin tergendala buat sementara waktu
 
​Sistem Turnitin kini mengalami gangguan perkhidmatan. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sebarang perkembangan mengenai isu berkenaan.

Pengumuman daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Gangguan Capaian Terhadap Sistem-Sistem Universiti
Pegawai dihubungi: En. Mohd. Azwan Bin Alleh, Ext : 1720, Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan terhadap Sistem Hr Online. Keadaan ini turut menjejaskan accessibility sistem lain yang bergantung kepada maklumat kakitangan daripada Sistem HR Online. Tindakan penambahbaikan sedang diambiltindakan oleh team teknikal Bhg. Infrastruktur dan Keselamatan ICT dan sokongan teknikal aplikasi HR. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penama diatas. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
 
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman daripada:  Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi:  Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek:  Makluman Awal Bagi Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 bakal dibuka bermula pada sesi pendaftaran pelajar pascasiswazah diadakan, iaitu 24 Februari 2018 (Sabtu).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu setelah pendaftaran pelajar tersebut dibuka. Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Mac 2018 (Jumaat).
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808 / 613825.
 
Sekian, terima kasih.