Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Pengumuman Kepada
: Semua Kakitangan Akademik UMS
Subjek
: Uji Lari Sistem Permohonan Menghadiri Persidangan
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Untuk makluman, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) telah membangunkan Sistem Permohonan Menghadiri Persidangan yang dijangka akan digunakan pada tahun 2018.
 
3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran sistem tersebut, satu uji lari akan diadakan bermula pada 8-22 Disember 2017. Sistem ini boleh diakses melalui URL: https://ppi.ums.edu.my. Sebarang maklumbalas tentang pemasalahan sistem tersebut bolehlah disampaikan kepada Urusetia Persidangan melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 22 Disember 2017.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.

Pengumuman Daripada
: Pusat Jaringan Industri dan Komuniti
Kepada
: Semua Warga UMS
Subjek
: Kursus Agropreneur Muda & Bengkel Business Online
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
ANDA BERMINAT DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN :-
TAPI TIDAK TAHU BAGAIMANA??
TIDAK TAHU BAGAIMANA MEMBUAT KERTAS KERJA??
TIDAK TAHU HALA TUJU??
 
Melalui kursus dan bengkel ini anda akan tahu cara membuat kertas kerja yang baik. Peluang untuk menubuhkan syarikat juga disediakan.
 
JOM SERTAI KAMI DALAM KURSUS PEMASARAN AGROPRENEUR MUDA & BENGKEL BUSINESS PROPOSAL. 
SILA DAFTARKAN KEHADIRAN ANDA DI PAUTAN INI https://goo.gl/forms/PDPuhXhnE266HuSG3
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Cik Satra Binti Nur Izman Di talian 013-8995209.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Penggunaan Sistem Tuntutan Perjalanan (I-Claim V2) Di Universiti Malaysia Sabah
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari dengan kerjasama pihak Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UMS telah menaik taraf Sistem I-Claim kepada versi 2.0. Penambahbaikan dalam versi 2.0 mengambil kira pengurusan lean dalam proses tuntutan perjalanan seperti berikut:
 
a)
Pengurangan proses 3 peringkat iaitu penyedia, penyemak dan pelulus kepada 2 peringkat iaitu penyedia/penyemak dan pelulus akan mempercepatkan proses tuntutan peringkat PTJ.
b)
Rekod buku atas talian bagi vot 21000 di mana transaksi direkod secara automatik dalam buku vot setelah diluluskan dalam sistem i-Claim V2. Tanggungan bajet bermula daripada peringkat kelulusan aktiviti agar PTJ dapat memantau prestasi peruntukan pada setiap masa.
c)
Permohonan berkumpulan bagi aktiviti yang sama bagi mengurangkan proses berulang-ulang dalam permohonan aktiviti oleh pemohon-pemohon serta semakan dan kelulusan aktiviti peringkat PTJ.
d)
Integrasi kepada Sistem e-attendance bagi aktiviti keluar pejabat yang telah diluluskan dalam sistem i-Claim V2. Kakitangan tidak perlu kemaskini dalam sistem e-attendance sekali lagi.
e)
Permohonan menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di sesuatu tempat boleh dimohon dan diluluskan dalam sistem i-Claim V2.
 
Sistem i-Claim V2 telah digunapakai secara pilot sejak Januari 2017 oleh beberapa PTJ di UMS manakala sesi Kursus Sistem i-Claim V2 bagi kakitangan pentadbiran PTJ telah diadakan pada 20 dan 26 Oktober 2017. Proses migration telah dilaksanakan pada 1hb sehingga 4hb Disember 2017. Sehubungan dengan ini, semua tuntutan perjalanan bagi pegawai UMS akan menggunakan Sistem i-Claim V2 bermula 5 Disember 2017.
 
Sistem i-Claim V2 boleh diakses melalui pautan http://bendahari.ums.edu.my/aplikasi/ dengan menggunakan login ID serta katalaluan yang sama seperti HROnline. Sesi klinik secara berjadual akan diadakan di peringkat Zon-Zon Operasi Kewangan bagi membantu kakitangan bagi menggunapakai Sistem i-Claim V2. Video Manual Pengguna juga disediakan dalam Sistem i-Claim V2 sebagai rujukan.
 
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah berhubung melalui :
a)
emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau
b)
telefon (waktu pejabat) di talian 088-320000 samb. 1449 -Pn Hannah Chan
 
Sekian terima kasih.