PENGUMUMAN DARIPADA: Institut Penyelidikan Bioteknologi
SUBJEK: Tawaran terhad kepada pelajar serta kakitangan UMS untuk menghadiri simposium bioteknologi dengan kos minima (RM50 untuk pelajar, RM75 untuk kakitangan)
PEGAWAI DIHUBUNGI: Setiausaha SB5 ( +6088-320000 ext 5687), Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Bioteknologi akan mengadakan Simposium Bioteknologi ke-5 peringkat antarabangsa seperti ketetapan di bawah:
 
Tarikh: 15 hingga 16 November 2017
Tempat: Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu
Bayaran: Pelajar UMS (RM50), Kakitangan UMS (RM75)
 
Bayaran merangkumi jamuan rehat serta makan tengah hari untuk kedua-dua hari, sijil kehadiran serta mata CPD untuk kakitangan UMS. Pembayaran perlu di lakukan secara tunai di kaunter pendaftaran pada hari berkenaan. Sila mendaftar selewat-lewatnya 3 November 2017. 
 
Layari http://simposiumbiotek5.wixsite.com/biotech-symposium-v untuk keterangan lebih lanjut.
 
Bagi yang berminat, sila isi borang ini https://goo.gl/D8qoU3

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KREANOVA TAHUN 2017
 
Majlis Penutupan Sambutan Bulan KreaNova UMS akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh            :  31 Oktober 2016 (Selasa)
Masa              :  2.30-5.00 petang
Tempat          : Dewan Resital, FKSW
 
Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi:
 
Pn. Mashilla Nilus, samb. 1578
En. Raflan Arif, samb. 1145
Pn. Farazillah Amin, samb. 1145

PENGUMUMAN DARIPADAPERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: TALK ON NATURE CONSERVANCY BY DR. SAM 'OHU GON
 
Salam sejahtera semua warga UMS,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa American Corner, Perpustakaan Universiti Malaysia akan mengadakan ceramah seperti berikut;
 
Talk on Nature Conservancy by Dr. Sam 'Ohu Gon
Tarikh: 07 Nov 2017 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Auditorium, Perpustakaan
 
Mata MyIDP (Kakitangan) dan MySDP (Pelajar) akan diberikan kepada semua peserta yang hadir.