Pengumuman Daripada
: BahagianPentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pendaftar dengan mengemukakan:
 
a)    Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran passport. CV hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut:
i.      Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon;
ii.     Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan yang telah dan sedang disandang;  dan

b)   Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) yang ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar USM.

3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2017 (Isnin). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Perhubungan Korporat
Subjek
: Pemakluman Mengibarkan Bendera Malaysia Separuh Tiang
 
Salam Sejahtera 
 
Sebagai tanda hormat dan sembah takziah di atas kemangkatan Almarhum Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu' adzam  Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan  Negeri Kedah Darul Aman.
 
Dipohon agar semua JFPIU mengibarkan Bendera Jalur Gemilang separuh tiang untuk 2 hari mulai hari ini.
 
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Subjek
: Projek #SHARING LOVE, Khidmat Masyarakat PPIB Bersama Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP), FPEP
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Projek #Sharing Love akan dianjurkan pada 14.10.2017 (Sabtu), yang melibatkan tiga tempat berikut:
  1. Rumah Amal Kasih Nur Budi, Kingfisher
  2. Draco Cats’ Paradise, Kingfisher
  3. Tabika Kg. Likas, Likas
Rumah Amal Kasih Nur Budi merupakan rumah anak-anak yatim dan asnaf, serta pesakit HIV yang mendapat jangkitan tersebut daripada ibubapa mereka. Rumah ini memohon bantuan kewangan dan makanan asas terutama susu formula dan milo untuk 37 orang penghuni berumur di antara 0 bulan sehingga dewasa.
Draco Cats’ Paradise merupakan sebuah pusat perlindungan kucing dan anjing terbiar yang mengalu-alukan bantuan makanan kucing dan anjing daripada mereka yang prihatin.
Tabika KEMAS Kg. Kuala Laut,  Likas merupakan tabika usang yang menempatkan sejumlah 56 kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan. Tabika ini amat memerlukan bantuan menggantikan dinding papan yang telah bocor, dan juga peralatan lain untuk keselesaan belajar seperti meja dan kipas.
 
Sehubungan dengan itu, kami menjemput warga UMS dan orang ramai untuk tampil membantu memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan seperti berikut:
 
Sumbangan yang diperlukan:
 
Rumah Amal Kasih Nur Budi: Kewangan/milo/susu formula (Dugro)
Draco Cats’ Paradise: Kewangan/Makanan Kucing/Makanan Anjing
Tabika Kemas Kg. Kuala Laut, Likas: Kewangan/Perkakas-perkakas berikut=
Bil.
Bahan
Bil.
Bahan
1.
Plywood siling- 40 keping
11.
Rak kasut - 1 buah
2.
Plywood dinding – 60 keping
12.
TV (flat-screen) - 1 buah
3.
Paku 1 inci - 1 kg
13.
Rak buku - 2 buah
4.
Paku 1/2 inci – 1 kg
14.
Tikar getah - 2 gulung
5.
Meja Kanak-kanak (yang boleh dikongsi 6 orang)  - 10 buah
15.
Sewa transport buang sampah bhn binaan - RM500
6.
Kerusi kanak-kanak - 60 buah
16.
Mop- 5 batang
7.
Papan  (untuk dinding) 1 × 8  - 10 keping
17.
Penyapu - 5 batang
8.
Pintu & tombol - 3 daun/3 tombol
18.
Grill - RM500
9.
Kipas siling - 5 buah
19.
19. Cat - RM1000
10.
Kabinet dapur – 1 buah
20.
Kewangan untuk membeli perkakas
 
Untuk pertanyaan dan penyerahan sumbangan, mohon berhubung dengan:
Veronica P. Atin (Pengarah Projek, PPIB) – 01126857017
Toh Viki (Pengarah Projek, PMPEP) – 0177425786
Erwin Rusfian (Penyelaras Projek 1, PPIB) – 0143335392
Alice Alim (Penyelaras Projek 2, PPIB) - 01119536840