Pengumuman Daripada
: Pusat Minda Lestari
Subjek
: Memohon Sumbangan Cakera Padat (CD) Terpakai
 
Kepada;
Semua warga Universiti Malaysia Sabah
 
YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
MEMOHON SUMBANGAN CAKERA PADAT (CD) TERPAKAI
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Dimaklumkan bahawa Pusat Minda Lestari dalam usaha mengumpul Cakera Padat (CD) terpakai bagi tujuan penggunaan semula barang terpakai untuk projek inovasi PML.
 
3.   Sehubungan itu, sukacita sekiranya YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan mempunyai CD terpakai (tidak digunakan/rosak) bolehlah menyumbangkan CD tersebut dengan menghantarnya ke Pejabat Am, Pusat Minda Lestari. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi En. Lassim Hj. Janie melalui sambungan telefon 5103.
 
4.    Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian dan salam hormat.

Pengumuman Daripada
: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
 
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
a.Surat permohonan berserta gambar berukuran passport yang terkini; dan
b.Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat yang telah ditetapkan (rujuk iklan).

3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2017 (Jumaat). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS dilengkapi fungsi SmartLogin (Auto-Login) bagi membolehkan Notebook, Smartphone dan Tablet anda Auto-Login melalui rangkaian WIFI UMS-STAFF. Namun begitu, fungsi SmartLogin tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu pada peralatan anda. Berikut dilampirkan panduan pengaktifan SmartLogin pada peralatan anda.
 
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Helpdesk JTMK ditalian : 
613100 (Ext No)
010-932 0234 (WhatsApp)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (email)