PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK                             : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 22 Julai 2016.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: TABUNG SUMBANGAN DANA WARGA UMS
 
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2. Untuk makluman, Tabung Sumbangan Dana Warga UMS telah secara rasminya telah dilancarkan pada 11 November 2014. Tabung ini diwujudkan bagi menggalakkan warga UMS menyumbang sekali gus membantu pelajar yang memerlukan diberi bantuan biasiswa.
 
3. Sebagai usaha untuk  menyemarakkan semangat filantrofi di kalangan warga UMS, Seksyen Endowmen, Pusat Jaringan Industri dan Komuniti mengalu-alukan Warga UMS untuk turut serta menyokong usaha ini dengan memberikan sumbangan untuk tujuan yang dinyatakan.
 
4. Sehubungan dengan itu, pihak Seksyen Endowmen memohon jasa baik Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mewar-warkan mengenai kewujudan Tabung ini kepada staf di J/F/P/I/U masing-masing. Bersama-sama ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Sekretariat Endowmen di talian Pejabat 088-320000 Samb: 612206/612502. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
PROF MADYA DR SIVAKUMAR KUMARESAN
Timbalan Pengarah (Endowmen)
b.p Pengarah CICN

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN, UMS
SUBJEK: LANGKAH KESELAMATAN SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI (JULAI 2016)
 
SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI KALI INI, ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA J/F/P/I/U UNTUK MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH KESELAMATAN BERIKUT BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ASET UNIVERSITI MALAYSIA SABAH:
 
  • MEMASTIKAN PEJABAT-PEJABAT, MAKMAL-MAKMAL, BILIK-BILIK KOLEJ KEDIAMAN SERTA TEMPAT YANG MEMPUNYAI ASET PENTING WARGA DAN UNIVERSITI SENTIASA BERKUNCI.
  • MEMASTIKAN SUIS ELEKTRIK DITUTUP APABILA TIDAK DIGUNAKAN ATAUSELEPAS MENINGGALKAN PEJABAT
  • MENEMPATKAN KENDERAAN DI PARKIR BAHAGIAN KESELAMATAN BERTEMPAT DI BANGUNAN KESELAMATAN DAN MELAPORKAN KEPADA PEGAWAI BERTUGAS BAHAGIAN KESELAMATAN.
  • MELAPORKAN ADUAN KECEMASAN KEPADA PUSAT KAWALAN UNIT CCTV DAN KOMUNIKASI BAHAGIAN KESELAMATAN DI TALIAN TERUS 088-320 111 ATAU 088-320 000 SAMBUNGAN 1199.
 
MOHON KEPADA SEMUA J/F/P/I/U, UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA BAHAGIAN KESELAMATAN BERKENAAN “CONTACT PERSON” JIKA BERLAKU SESUATU KEJADIAN DI J/F/P/I/U MASING-MASING SEBAGAI RUJUKAN. PERHATIAN DAN KERJASAMA PIHAK Y.BHG.PROF. DATUK/DATIN/DR/TUAN/PUAN BERHUBUNG PERKARA INI AMATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.
 
SEKIAN HARAP MAKLUM.