PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PEGAWAI DIHUBUNGI : URUSETIA PENYELIDIKAN PPI, SAMB.: 1065/4146/1034/1063
SEGERA
YBrs. Prof./Dr/Tuan/Puan,
PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS) TAHUN 2015
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) bagi tahun 2015 yang akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Julai 2015 secara atas talian di Sistem MyGRANTS melalui http://portal.mygrants.gov.my/main.php. Sehubungan itu, semua pensyarah muda/baharu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan mengikut syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi lima (5) tahun DAN gred 52 dan ke bawah;
- Tempoh lima (5) tahun adalah tidak termasuk tempoh cuti belajar
- Warganegara Malaysia;
- Pensyarah tetap di IPTA;
- Hanya satu (1) projek penyelidikan dibenarkan untuk dipohon dan diperaku;
- Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan; dan
- Tidak pernah memegang mana-mana geran nasional atau antarabangsa
*Tidak termasuk Geran Universiti
Tempoh penyelidikan adalah satu (1) hingga dua (2) tahun sahaja serta Siling peruntukan adalah RM50,000 untuk Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan dan RM80,000 untuk Bidang Sains dan Teknologi. Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk kepada Garis Panduan RAGS yang dilampirkan dan berikut adalah tarikh-tarikh penting proses permohonan RAGS 2015:
Tarikh | Perkara | Tindakan | |
Buka | Tutup | ||
15 Julai 2015 | 9 Ogos 2015 (11.59 mlm) | Permohonan secara atas talian di sistem MyGrants Bagi pemohon yang belum mempunyai akaun, sila wujudkan akaun baharu/sign up dan lengkapkan profil sebelum permohonan | Pemohon |
10 Ogos 2015 | 23 Ogos 2015 (11.59 mlm) |
Nota: Penilaian dan penambahbaikan adalah dibuat sepenuhnya secara atas talian sahaja di antara pemohon dan penilai dari masa ke semasa dalam tempoh dinyatakan | PPI Panel Penilai dan Pemohon |
24 Ogos 2015 | 4 Sept 2015 |
| Urusetia PPI |
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan urusetia penyelidikan PPI iaitu:
- Puan Mary Kinsui Samb.: 4146 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Suzanty Muin Samb.: 1907 Emel;
- Puan Norainie Awot Samb.: 1034 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.
Sila Klik Lampiran "

- Puan Norainie AwotSamb.: 1034 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih
Sila Klik Lampiran :-