
KAMPUS INDUK
Kampus induk Universiti Malaysia Sabah dibina di atas tapak seluas 999 ekar, sesuai dengan penubuhannya sebagai universiti awam yang ke Sembilan di Malaysia.
MENARA JAM
Menara Jam tersergam megah, menyambut kedatangan setiap tetamu ke Universiti Malaysia Sabah. Menara yang diilhamkan oleh Naib Canselor keempat iaitu Ybhg.Prof.Datuk Dr.Mohd.Harun Abdullah ini didirikan pada tahun 2014 dan terletak di bulatan jalan masuk ke kampus induk.
DEWAN CANSELOR
Dewan Canselor boleh memuatkan kira-kira 5000 orang pada satu-satu masa dan digunakan untuk majlis-majlis universiti, antaranya seperti pendaftaran pelajar baharu, majlis ikrar pelajar baharu dan majlis konvokesyen. Dewan yang diilhamkan daripada bentuk gong ini mula digunakan pada tahun 2003.