Syarat-syarat Kelayakan
Pelajar yang layak menyertai program Gap Year mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar dengan UA;
- Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan;
- Pelajar tahun kedua dan ke atas yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
- Tempoh program Gap Year yang ingin disertai tidak melebihi satu tahun pengajian akademik; dan
- Pelajar hanya dibenarkan untuk menyertai SATU kali sahaja program Gap Year sepanjang pengajian.
- Mengemukakan surat sokongan daripada pihak penaja pengajian seperti MARA, JPA dan sebagainya.
Prosedur Permohonan
Pelajar yang berminat menyertai program Gap Year hendaklah melalui prosedur berikut:-
1. menghantar borang permohonan rasmi Gap Year (Lampiran 1) yang boleh diperolehi daripada laman web universiti peneraju seperti dalam Jadual 1 kepada jawatankuasa Gap Year UA masing-masing:
Jadual 1 : Senarai universiti peneraju dan agensi terlibat dalam program Gap Year
Bil | Institusi | Agensi Strategik | Program | Jangkamasa | Pautan maklumat |
---|---|---|---|---|---|
1 | UiTM | APM | Sukarelawan APM | 1 tahun akademik | Akan disalurkan. |
2 | UiTM | ATM | Sukarelawan ATM | 1 tahun akademik | Akan disalurkan. |
3 | UKM | PDRM | Sukarelawan PDRM | 1 tahun akademik | Akan disalurkan. |
4 | UUM | JKM | Perkongsian Pintar Kesukarelawan UUM – JKM (PINTAS UUM – JKM) | 3 bulan atau 3 bulan +1 semester | Akan disalurkan. |
5 | UTHM | JKM | Sukarelawan JKM | 1 tahun akademik | Akan disalurkan. |
6 | USIM | IRM | Program Pembangunan Komuniti | 1 tahun | Akan disalurkan. |
7 | UniSZA | JAKOA | Menongkah Puncak :Pemerkasaan Pendidikan Orang Asli | 3 bulan | Akan disalurkan. |
8 | UMT | NADMA | Mahasiswa@Cakna : Kesukarelawanan Bencana | 3 bulan atau 3 bulan +1 semester | Akan disalurkan. |
9 | UMS | DBKK | My City, My Responsibility | 3 bulan | Akan disalurkan. |
10 | UPSI | KPM & JPNP | Tuisyen Bitara | 1 tahun akademik | Akan disalurkan. |
2. menyediakan kertas kerja sekiranya memilih untuk menyertai program Gap Year - Umum berdasarkan format yang telah disediakan (lampiran 2);
3. mengemukakan permohonan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses; dan
4. memohon kepada pihak agensi, universiti peneraju dan universiti pemohon secara bertulis (lampiran 3) sekiranya pelajar ingin memendekkan tempoh atau menarik diri daripada pelaksanaan program gap year.