Pasukan Pelaksana Webometrics UMS
ORGANISASI :
|
KETERANGAN :
Pasukan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan pembangunan kriteria webometrics. Pasukan ini diketuai oleh pengerusi yang dilantik oleh pihak pengurusan universiti yang melapor kepada Timbalan Naib Canselor (P&I). Laporan kemajuan dipantau oleh JK Laman Web universiti. Keanggotaan pasukan ini terdiri dari lima (3) orang ahli pasukan penyelidikan, lapan (8) orang ahli teknikal. Pasukan ini melapor kepada Jawatankuasa Laman Web universiti yang bersidang empat (4) kali setahun.
FUNGSI PASUKAN PELAKSANA:
- Menetapkan dasar, mekanisme, strategi dan pengurusan webometrics untuk universiti; Menentukan dasar penyampaian perkhidmatan/ maklumat melalui platfom atas talian yang menyokong peningkatan tahap webometrics universiti;
- Meneliti polisi dan arahan kerja bagi tujuan peningkatan webometrics.
- Menentukan keperluan kajian semula kandungan platfom atas talian yang menyokong peningkatan tahap webometrics universiti;
- Mengesahkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi platfom atas talian yang menyokong peningkatan tahap webometrics universiti;
- Menyelesaikan isu-isu dan masalah berkaitan platfom atas talian yang menyokong peningkatan tahap webometrics universiti;
- Menganalisis keperluan webometrics
- Menganalisis keperluan pembangunan sistem berdasarkan keperluan ranking webometrics.
- Membangunkan sistem bagi berdasarkan keperluan ranking webometrics dan digunapakai.
- Mengesyorkan mekanisma yang perlu di dalam menyokong peningkatan tahap webometrics universiti dan;
- Mengemukakan laporan kepada pihak pengurusan universiti setiap empat (4) bulan sekali bagi projek-projek berkaitan yang diluluskan oleh JPICT dan setiap sebulan (1 bulan sekali kepada urusetia JPICT UMS) bagi projek- projek diluluskan oleh JPICT KPM.
BIDANG TUGAS UMUM KAKITANGAN :
Ahli Pasukan Penyelidik :
- Menganalisa dan melapor dapatan analisa terhadap keperluan webometrics.
- Menganalisa keperluan pembangunan sistem berdasarkan keperluan kriteria webometrics.
- Memastikan high availability platform digunakan untuk menyokong webometrics;
- Mencadangkan dan melaksanakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi penyaluran sumber-sumber melalui platform atas talian untuk menyokong webometrics universiti.
- Memastikan dan melaksanakan semua kriteria penilaian webometrics dipenuhi oleh universiti.
- Menghantar laporan pembangunan sistem kepada JK Laman Web universiti dengan kekerapan 2 minggu sekali berdasarkan keperluan untuk makluman terkini pembangunan sistem berkaitan.
Ahli Teknikal :
- Memantau dan mempertingkatkan prestasi platform yang digunapakai untuk peningkatan webometrics universiti; dan
- Mengesyorkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi semua platform yang digunakan kepada JK Laman Web universiti.
- Membangunkan sistem berdasarkan keperluan webometrics.
- Memastikan SOP (Standard Operating Procedure) dan dokumen lain berkaitan pengendali/penyelenggaraan sistem dibangunkan adalah lengkap untuk rujukan.
- Memastikan sistem dibangunkan memenuhi tahap keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan ke atas sistem.
LAMPIRAN 2
Perkara/Aktiviti | Tarikh/Bulan Pelaksanaan | Catatan | ||||||
| Ogs 2014 | |||||||
| Sept 2014 | Pembentangan secara sukuan dalam mesyuarat JK Laman Web universiti | ||||||
| Okt 2014 | |||||||
| Okt 2014 | Taklimat secara berkala dua kali setahun. | ||||||
| Sept – Dis 2014 | |||||||
| Jan 2015-Feb 2016 | |||||||
| Pemantauan kendiri berterusan, laporan secara bulanan. | |||||||
| Feb &Ogs 2015 & Feb 2016 |