BAHAGIAN
PENTADBIRAN DAN GOVERNAN
- PENGENALAN
- KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN
- VISI, NILAI BERSAMA & OBJEKTIF
- PIAGAM PELANGGAN
- CARTA ORGANISASI
- FUNGSI BAHAGIAN
- ALBUM AKTIVITI

KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke halaman Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah. Halaman ini memperkenalkan maklumat berkaitan fungsi dan perkhidmatan yang diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran dan Governan,seiring dengan memperkukuhkan pelaksanaan tadbir urus baik (good governance) Universiti agar akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dikekalkan.
Bahagian Pentadbiran dan Governan melaksanakan tadbir urus terbaik untuk jabatan dan universiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Antara fungsi utama yang diuruskan termasuk pengurusan governan universiti, keurusetiaan Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan rekod universiti, pengurusan Majlis Konvokesyen UMS, pengurusan Jawatan Utama dan Ijazah Kehormat, perkhidmatan telefonis dan mel universiti, pengurusan kewangan Jabatan Pendaftar serta keurusetiaan KRA di bawah Jabatan Pendaftar.
Isi kandungan laman web ini sentiasa dikemas kini agar maklumat yang diperolehi kekal relevan untuk kelestarian dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Kami juga sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan halaman ini demi menjamin kepuasan pelanggan yang berurusan di Bahagian Pentadbiran dan Governan.
Bagi pihak Bahagian Pentadbiran dan Governan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan halaman ini. Semoga maklumat yang dicari dapat diperolehi dan memberi manfaat yang sebaiknya kepada semua.
Sekian, terima kasih.
HADIJAH BINTI ENGSON
Pengarah, Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar
MISI
Memperkasakan tadbir urus baik melalui sistem penyampaian yang bersepadu



