BAHAGIAN
KESELAMATAN
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu. Sabah
088 - 329 440
- PENGENALAN
- KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN
- VISI, NILAI BERSAMA & OBJEKTIF
- CARTA ORGANISASI
- FUNGSI BAHAGIAN
- ALBUM AKTIVITI
Bahagian Keselamatan bertanggungjawab sebagai pusat pengurusan keselamatan universiti yang cekap berteraskan kecemerlangan sumber manusia dan teknologi ke arah pencapaian Visi Universiti.
Layari Laman Web Bahagian Keselamatan
Layari Laman Web Bahagian Keselamatan

KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Bermula pada tahun 2008, Bahagian Keselamatan telah diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan fungsi dan urusan pentadbiran di sebuah bangunan baru yang berdekatan dengan Pusat Penantaraan Ilmu dan Bahasa. Ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan penambahan kakitangan dan perluasan fungsi Bahagian Keselamatan, seiring dengan perkembangan pesat Universiti Malaysia Sabah.
Kami di Bahagian Keselamatan sesungguhnya senatiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan semua kakitangan mahupun pelajar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan tanpa rasa bimbang terhadap aspek keselamatan di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah. Adalah penting bagi semua untuk memahami bahawa aspek keselamatan di Universiti bukanlah terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Keselamatan sahaja. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua individu yang bergelar pelajar mahupun kakitangan Universiti Malaysia Sabah.
Para pengunjung juga perlulah mematuhi peraturan Universiti sepanjang berada di dalam kawasan kampus. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan peraturan keselamatan universiti sentiasa dipatuhi, semua kakitangan Bahagian Keselamatan sentiasa tegas dalam melaksanakan tugas- tugas yang telah diamanahkan. Pada masa yang sama, layanan dan komunikasi yang baik kepada semua warga universiti mahupun pelawat adalah menjadi keutamaan kami.
Adalah diharapkan agar semua pihak berasa tenang dan selesa sepanjang berurusan dengan kakitangan Bahagian Keselamatan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama meningkatkan persefahaman dan seiring dalam usaha mencapai objektif dan matlamat utama Universiti Malaysia Sabah.
Insp/PB Mohd Khairul Hazzizie Harun
Pengarah,
Bahagian Keselamatan UMS