Selaras dengan arahan Kerajaan yang telah mewajibkan semua Penjawat Awam melengkapkan pengambilan vaksin covid-19 sebelum 1 November 2021, pihak Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan ini menggesa agar semua staf UMS melengkapkan maklumat DOS PERTAMA dan DOS KEDUA melalui HROnline 4.0 (bawah menu Maklumat Peribadi).
 
Bagi staf UMS yang mempunyai masalah kesihatan, disarankan agar mendapat pengesahan daripada Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (PKU).
 
Pengurusan UMS memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya staf UMS gagal mematuhi arahan ini.
 
Terima kasih.
 

Recent Posts