Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta The United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organisation (UNESCO) telah menganjurkan International Webinar on Women in Higher Education: Gender Equality in and Through Education yang diadakan pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 7 Julai 2022 (Khamis) - 8 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Kaedah : Secara dalam talian.
 
Program tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah juga Kakitangan daripada Universiti Awam yang lain hadir dalam talian. Penglibatan kakitangan UMS, seperti, YBrs. Prof. Madya Ts.Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif, Institute for Development Studies (Sabah) yang juga merupakan mantan Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, UMS, YBrs. Prof. Dr. Rossita Shapawi (Dekan, Pusat Pengajian Pascasiswazah), YBrs. Prof. Dr. Murnizam Hj. Halik (Dekan, Fakulti Psikologi dan Pendidikan), YBrs. Dr. Kavitha A/P Ganesan (Pensyarah Kanan,Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa) dan Puan Zallifah Bte Shadan (Timbalan Pengarah (Kewangan), Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah) sebagai Speakers.
 
YBrs. Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Binti Saikim (Timbalan Pengarah (Strategik), Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat) sebagai Moderator. Puan Zuraini Binti Hamdin (Ketua Pentadbiran Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik) dan Puan Rozaidah Amir Hussein (Ketua Sektor Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia) sebagai Rapporteur. Puan Feria Lee @ Catherine (Penerbit Rancangan Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) sebagai pengacara. Serta Encik Juniezam Bin Juka (Ketua, Sektor Kompetensi Bahagian Sumber Manusia) sebagai urusetia dan penyelaras program bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 

Recent Posts