Alhamdulilah misi Kembara Merdeka dan Penandarasan Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG) pada 16-17 September 2022 berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
 
Terima kasih di atas pertolongan rakan-rakan UMS secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kembara ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Bahagian BPG, En. Azmi Jumat atas sokongan dan usaha beliau agar program ini dapat dilaksanakan seperti mana dirancang.
 
Dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi diharap dapat dimanfaatkan oleh semua yang terlibat dan sebagai pembakar semangat untuk mengadakan program seumpamanya di masa akan datang.
 
Atas usaha dan penglibatan serta sokongan dari semua diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati sepanjang Kembara Merdeka BPG;
 
1. River Park Hotel Beaufort
2. Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah Tenom
3. Fatt Choi Coffee Cabin Tenom
4. Muzium Antanom Tenom
5. Batu Bersumpah Peringatan Keningau
 

Recent Posts