KOTA KINABALU: Wanita harus tidak dipinggirkan kerana mereka memainkan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan dan peranan ini harus dihargai kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Beliau berkata semua pemain harus dipertimbangkan dan beliau komited untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan. “Saya mahu melihat lebih banyak wanita melibatkan diri dalam membuat dasar. Kita perlu mempertimbangkan pendapat dan membuat rancangan. “Kita tidak menyedari ada perkara yang wanita mahukan, jadi kita perlu mendengarnya,” kata Shafie semasa majlis angkat sumpah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, Rabu.


Beliau berkata peranan wanita penting kerana mereka secara umumnya lebih mudah didekati dalam masyarakat. Sementara itu, pengurusi MPWS yang baru dilantik Datuk Noni Mohd Said berkata beliau akan menyemak agenda majlis itu pada permulaan penggal baru. “Kita akan mengadakan mesyuarat di mana kami akan menyemak semuala apa yang kami fikir perlu dilakukan dan melihat apa yang relevan kerana terdapat banyak isu yang dihadapi oleh wanita hari ini. “Saya pernah menjadi pengerusi kedua untuk MPWS pada 1989, di mana cabaran yang dihadapi oleh wanita pada masa itu berbeza daripada apa yang sedang berlaku hari ini,” katanya.

 

Datuk Noni menyatakan MPWS akan terus berjuang untuk kesamaan wanita, sambil menambah bahawa terdapat peningkatan dalam pentadbiran kerajaan hari ini di mana lelaki lebih menerima wanita dalam tenaga kerja. “Saya melihat bahawa lelaki lebih bersedia menerima wanita dan melihat mereka bukan sebagai wanita, tetapi sebagai rakan sekerja lain. Ini adalah satu perbezaan yang saya dapat lihat sejak saya memasuki perkhidmatan awam sehingga kini,” katanya.

 

Apabila ditanya apa isu yang akan ditangani Datuk Noni semasa penggalnya, beliau menekankan tentang keperluan sosioekonomi wanita di kawasan luar bandar kerana mereka lebih cenderung untuk dipinggirkan berbanding dengan wanita di bandar serta memanfaatkan NGO wanita yang wujud di Sabah. “Saya akan bekerjasama dengan dengan NGO memandangkan mereka adalah sukarelawan dan mereka cenderung untuk membantu masyarakat,” katanya.

 

Datuk Noni juga berharap kerajaan akan menyokong aktiviti mereka dengan menyalurkan lebih banyak dana terhadap program-program yang mereka anjurkan bagi wanita sebagai persedian Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). “RMK-12 bakal tiba, persedian untuk itu kita perlu memperuntukkan dana yang cukup untuk melaksanakan program-program ini untuk wanita. Melalui ini kita dapat menjaga wanita yang terpinggir dalam masyarakat.

 

Noni percaya wanita perkembangan wanita hanya boleh menghasilkan kesan positif yang menyatakan bahawa “Wanita yang berjaya akan membawa keluarga yang berjaya, keluarga yang berjaya akan menyumbang kepada komuniti yang berjaya, dan komuniti yang berjaya akan menghasilkan negara yang berjaya” Ditubuhkan pada 1988, MPWS adalah ‘pemikir’, sebuah badan perunding kepada Kerajaan Negeri dan pemangkin untuk kemajuan dan perkembangan wanita.

 

Lapan ahli MPWS termasuk Datuk Noni (Pengerusi), Baiyah Ag.Mahmon (Naib Pengerusi), Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Mistirine Radin, Datuk Suzanna Liaw, Datuk Eva Susau, Egusra Ali, Eliza Goh dan Professor Madya Dr. Muhammad Idris Bullare@Bahari mengangkat sumpah bagi sesi 2019-2020, di sini, Rabu di hadapan Shafie. Pada acara sama, Henry Shim Chee On mengangkat sumpah di hadapan Shafie sebagai setiausaha politik baharu.

 

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe turut hadir pada acara itu.