TIDAK ada sekelumit pun keraguan bahawa wanita merupakan daya penggerak dinamik di sebalik ekonomi negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew. 

Beliau percaya, usahawan wanita memainkan peranan penting seperti yang dicerminkan menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai sektor industri seperti pertanian, pembuatan, perdagangan, pembinaan, pembangunan perumahan, logistik dan industri pelancongan yang berkembang pesat.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengiktiraf sumbangan penting wanita terhadap pembangunan sosio-ekonomi negeri, bersama-sama kaum lelaki.

“Kami sememangnya mengiktiraf wanita sebagai rakan kongsi sama rata dalam pembangunan. Kami sangat bangga dengan pencapaian wanita dalam bidang masing-masing.

 

“Mereka sedia upaya berusaha untuk mengubah cabaran atau halangan menjadi satu peluang walaupun dalama keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

“Secara amnya, wanita terkenal dengan ciri-ciri positif seperti kreativiti, ketekunan, ketabahan, ketekunan, daya tahan, kepintaran dan ketelitiannya, Ini adalah kekuatan mereka,” katanya dalam perutusan beliau sempena Sambutan Hari Wanita peringkat negeri hari ini.

Bersandarkan kekuatan ini, Menteri itu berkata wanita telah menunjukkan keupayaan mereka untuk meneruskan kehidupan dalam dunia tanpa sempadan dan yang semakin berdaya saing. 

“Saya tahu ia tidak mudah untuk menghadapi senario yang pantas berubah dengan teknologi baharu dan ledakan maklumat. Ini telah mengubah kehidupan seharian kita secara peribadi mahupun profesional tetapi kita mampu menghadapinya.”

 

Liew meneruskan: “Saya mengambil kesempatan ini untuk memuji Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) kerana terus memperjuangkan nasib wanita di Sabah ke arah kemajuan keseluruhan golongan itu sejak penubuhannya pada 1988.

“Saya sedar sejak tiga dekad lalu, MPWS telah banyak berusaha tanpa penat lelah untuk menangani pelbagai kebimbangan terhadap peningkatan status sosio-ekonomi wanita, khususnya wanita di luar bandar yang kurang bernasib baik. Saya tahu aktiviti ekonomi yang dimulakan oleh Jawatankuasa Ekonomi MPWS yang disasarkan kepada usahawan wanita luar bandar telah membuahkan hasil. Syabas!”

Berdasarkan rekod prestasi yang sememangnya terbukti, beliau meluahkan keyakinannya bahawa MPWS akan terus menyuarakan isu penting yang memberi kesan kepada wanita. Ini termasuk menentang diskriminasi terhadap wanita (jika ada) ke arah mencapai kesaksamaan gender, meningkatkan kepekaan gender, mempromosikan penyertaan sama rata dalam proses membuat keputusan, menangani gangguan seksual di tempat kerja dan memerangi semua bentuk keganasan terhadap wanita.

Dari pemerhatiannya, MPWS secara efektif berfungsi sebagai ‘saluran’ antara wanita di Sabah dan Kerajaan Negeri. “Sehubungan itu, demikian, pertubuhan-pertubuhan wanita tidak perlu teragak-agak untuk menyalurkan keperluan dan aspirasi mereka kepada Kerajaan Negeri menerusi MPWS (untuk pertimbangan Kerajaan).”

 

Ketika ini, MPWS dipengerusikan oleh bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Noni J. Said.

Seperti namanya, MPWS adalah badan perunding, pemikir dan pemangkin pembangunan wanita di negeri Sabah.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di Sabah dan sama-samalah kita menjadi sebahagian daripada Agenda Wanita untuk Perubahan