PERMOHONAN DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2016

PENGUMUMAN DARIPADAPUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI (CICN)
SUBJEKPERMOHONAN DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2016
 
PERINGATAN MESRA : PERMOHONAN DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) 2016 telah dibuka sejak 14 Disember 2015 dan maklumat telah dimajukan kepada pihak fakulti. Penerangan telah dimaklumkan melalui bengkel GE yang telah diadakan pada 13 Januari 2016 di Bilik Seminar 5 & 6, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah
Antara perkara yang dititikberatkan dalam permohonan ini dan perlu dimajukan bersama permohonan adalah :
  • Mempunyai jaminan pekerjaan
  • Melibatkan elemen cost sharing bersama industri
Sehubungan itu, pihak kami ingin mempelawa kepada semua pensyarah yang berminat untuk memohon dana tersebut. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan perlu dikemukakan sama ada dalam bentuk salinan keras melalui serahan tangan atau dokumen yang diimbas melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan perlu dihantar kepada pihak kami selewat-lewatnya sebelum atau pada 05 Februari 2016 untuk tujuan penyelarasan sebelum dikemukakan kepada pihak KPT. Hanya dua (2) permohonan yang berimpak tinggi sahaja yang akan disenarai pendek untuk dibawa ke peringkat KPT.
 
Sekiranya memerlukan maklumat yang lanjut, sila berhubung dengan pihak kami di talian 088-320000 sambungan 612203/612207 atau emel. Dilampirkan bersama adalah borang permohonan beserta maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.