JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2016

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Jemputan Menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2016
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menganjurkan program Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta ataupun PEREKA 2016 kali yang ke-9. Penganjuran PEREKA bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan penyelidik. Selain itu, PEREKA juga merupakan satu platform untuk para penyelidik universiti mempamerkan hasil penyelidikan dan juga inovasi berimpak tinggi serta terkini kepada umum. 
 
Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah UMS. PEREKA 2016 akan berlangsung seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 27 – 28 September 2016 (Selasa – Rabu)
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS


Sehubungan dengan itu, PPI amat berbesar hati menjemput semua pensyarah/penyelidik yang berminat dari FPIU 
menyertai PEREKA 2016. Yuran penyertaan (akan dikembalikan mengikut syarat) sebanyak RM100.00 bagi setiap penyertaan akan dikenakan. Borang penyertaan boleh diisi dengan melayari http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx Bersama ini disertakan PEREKA Online Registration Manual untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Tarikh akhir pengisian adalah pada 19 Ogos 2016 (Jumaat).

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang keterangan serta pertanyaan mengenai perkara di
atas, sila hubungi Dr. Azaze@Azizi Abd. Adis (Timbalan Pengarah-Inovasi, PPO) - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext 1171 atau
Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext 1347. 

Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
URUSETIA PEREKA 2016

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.