IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENDAFTAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

PENGUMUMAN DARIPADA:
JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK:
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENDAFTAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pendaftar dengan mengemukakan:
 
a.     Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran passport. CV hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut:
i.     Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon;
ii.    Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan berkaitan perlu disertakan;  
b.    Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan.
c.    Ringkasan cadangan perancangan dan Key Performance Indicator (KPI) sekiranya dilantik jawatan Pendaftar.
d.    Salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini.
e.    Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun yang terkini.
 
3.         Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 Oktober 2017 (Isnin). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.