Pengumuman Daripada : Seksyen Endowmen dan Wakaf, CIEW
 
 
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya, Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) telah melancarkan beberapa tabung amanah bagi tujuan Endowmen. Dana Endowmen ini berkekalan dan hanya pendapatan yang dijana sahaja yang akan digunakan bagi tujuan tabung tersebut. Tiada pengecualian cukai bagi sumbangan endowmen setakat ini.
 
Tabung Amanah Derma Am bertujuan untuk membiayai kemudahan & kebajikan warga UMS. Pada 30 Oktober 2023, Naib Canselor UMS telah membuat penyerahan kerusi roda elektrik yang bernilai RM 8,550 kepada Pusat Pengurusan OKU untuk didermakan kepada Dk Siti Mashitah Ak Sulaiman. Selain itu, dana derma am ini juga akan digunakan untuk bantuan kewangan secara one-off, bantuan tambang balik cuti semester, bantuan wang pendahuluan pelajar NR, pemberian bakul makanan dan banyak lagi tertakluk kepada kelulusan.
 
Jom salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
• BoostApp:
 
• UMS ePayment :
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari

 

PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGGAJIAN DAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 

   

YBhg. Datuk /Datin /YBrs. Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan, 

 

Adalah dimohon agar maklumat penggajian dan tuntutan elaun lebih masa kakitangan UMS bagi bulan Disember 2023 yang lengkap dikemukakan sebelum atau selewat-lewatnya pada 05 Januari 2024, Jumaat bagi membolehkan elaun tersebut dibayar bersama-sama gaji bulan Januari 2024.

 

Dokumen tuntutan elaun lebih masa hendaklah dihantar ke Jabatan Bendahari seperti berikut:

 

SEKTOR/ BAHAGIAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

Sektor Kewangan KAL (Kampus Cawangan), Jabatan Bendahari

·     Fakulti Komputeran Dan Infomatik

·     Fakulti Kewangan Antarabangsa

·     UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Bahagian Kewangan, Penyelidikan & Inovasi

·      Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

·      Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan (PPIP)

·      Pusat Instrumentasi Dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

     PTJ selain yang dinyatakan di atas.

 

Sehubungan itu, tuntutan elaun lebih masa yang lewat diterima daripada tarikh yang ditetapkan akan dibayar bersama-sama gaji bulan berikutnya.

  

Sekian, terima kasih. 

 

“MALAYSIA MADANI” 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan 

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan 

Jabatan Bendahari 

02 Januari 2024

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

 

Assalamu’alaikum wbt., & Salam Malaysia MADANI

Sukacita dimaklumkan bahawa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah Sesi 2023/2024 akan dijalankan seperti ketetapan di atas. 

 

Announcement From: UMS Library

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

Article Journal & Proceeding Submission in SMPPI (Year 2023)
 
*Last submission on 4 January 2024.
 
For any enquiry, kindly whatsapp:
 
Main library: 088-320232
Medical library: 088-329055
Sandakan library: 089-634200
KAL library: +60196401586